Carian
Ikuti Tips Mudah Ini Untuk Menukar Dokumen Berbentuk Gambar Kepada Teks
January 18, 2021 Lina Rosli

Ikuti Tips Mudah Ini Untuk Menukar Dokumen Berbentuk Gambar Kepada Teks

Pernahkan berada di dalam situasi yang mana kesuntukan masa anda kesuntukan masa untuk menyalin nota ketika menyertai kelas atau perbincangan secara atas-talian.

Jadi untuk tidak ketinggalan tentang perkara apa yang dibincangkan, anda lebih cenderung untuk mengambil gambar dan selepas itu baru anda akan salin semula nota di waktu yang lain.

Tahukah anda bahawa, terdapat beberapa platform yang menyediakan anda fungsi bagi menukar dokumen yang berbentuk gambar kepada teks biasa?

Ia boleh digunakan di peranti pintar anda termasuk telefon pintar, komputer riba dan juga tablet. Melaluinya, anda boleh mendapatkan teks dari dokumen, resit atau gambar dengan lebih mudah.

OCR Bot – Telegram

Ocr bot adalah bot telegram yang membenarkan anda untuk mengubah teks pada gambar menjadi teks biasa.

Apa yang menarik melalui bot ini adalah anda hanya perlu memuat naik gambar ke bot dan ia akan terus menukar gambar menjadi teks dalam masa kurang dari 20 saat.

Berikut ada langkah yang boleh anda ikuti:

  1. Lakukan carian nama OCR Bot di ruangan Carian Chats.
  2. Kemudian, pilih nama pengguna @imagereaderbot.
  3. Tekan mula dan seterusnya muat naik gambar dokumen yang anda inginkan.
  4. Akhir sekali, anda akan mendapatkan hasil teks yang anda inginkan.

Google Drive Ke Goole Docs

Untuk anda yang menggunakan komputer riba, anda juga boleh menukar gambar kepada teks menggunakan Google Drive.

Anda boleh memuat naik gambar di dalam format .JPEG, .PNG, .GIF, atau PDF dalam fail kurang dari 2MB ke dalam Drive. Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan dokumen mesti berada di sebelah kanan dan orientasi potrait.

Untuk mula menukar gambar kepada teks:

  1. Pergi ke drive.google.com dan klik kanan pada fail yang dikehendaki.
  2. Klik ‘Open With’ dan pilih Google Docs.
  3. Ia akan terus dieksport ke Docs. Ia akan menukar fail gambar kepada teks tetapi beberapa format lain pada gambar tidak dapat ditukar seperti
    jenis fon, rajah dan juga jeda baris.

Harus diingatkan kepada anda, anda perlu memastikan bahawa gambar yang dimuat naik perlu tajam dengan pencahayaan yang sekata dan kontras yang jelas serta berfungsi dengan baik.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan memudahkan lagi anda menyelesaikan tugasan mengikut waktu yang ditetapkan.

 

Komen