Garam adalah bahan masakan yang utama untuk kebanyakan jenis makanan. Kuantiti garam yang banyak atau sedikit akan mengubah keseluruhan rasa masakan anda.
Salah satu sebab mengapa garam penting kerana ia memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan manusia. Ia adalah sumber utama ion natrium dan klorida dalam makanan manusia.
Untuk pengetahuan anda, natrium penting untuk fungsi saraf dan otot selain turut berperanan dalam mengawal tekanan darah dan isipadu badan.

Tahukah anda terdapat empat jenis garam yang boleh didapati di pasaran. Ia termasuk garam halus, garam kasar, garam Himalaya merah jambu dan juga garam Kosher dan garam Celtic.
Perbezaan utama untuk garam adalah dari segi rasa, tekstur dan warna. Garam dengan ukuran butir yang lebih besar mempunyai rasa yang lebih kuat dan tahan lebih lama di lidah anda.
Sekiranya anda ingin menabur garam pada makanan, garam kering dengan ukuran butiran yang lebih besar jauh lebih mudah dikendalikan.
Adakah Garam Merah Jambu Berbeza Dengan Garam Putih?
Untuk pengetahuan anda, garam Himalaya merah jambu ini biasanya boleh didapati di Khewra Salt Mine yang terletak berdekatan dengan gunung Himalaya di Pakistan.
Menurut kajian, garam Himalaya merah jambu mengandungi sehingga 84 mineral yang berbeza. Namun, secara keseluruhannya, ia sebenarnya mengandungi sehingga 98 peratus natrium klorida dan cuma mempunyai sekitar 2 peratus mineral semulajadi yang lain.
Dan disebabkan saiz kristal garam merah jambu lebih besar daripada garam biasa, ia secara teknikal mengandungi lebih sedikit natrium per sudu teh. Ia juga mempunyai rasa lebih masin berbanding yang biasa.
Untuk garam putih biasa pula biasanya ditapis dan dicampurkan dengan agen anti-caking untuk mengelakkan pengumpulan mineral seperti natrium aluminosilikat atau magnesium karbonat.
Ingin saya tekankan di sini, pemilihan garam. ini sebenarnya bergantung kepada kuantiti dan cara. penggunaan anda. Jika anda merupakan chef dan perlu untuk anda menggunakan garam yang banyak, maka anda mungkin perlu menggunakan garam kasar.

Sementara untuk garam Himalaya merah jambu pula, mengandungi natrium klorida yang lebih banyak daripada garam biasa, jadi untuk anda yang menggemari masakan yang sedikit masin, maka ia adalah pilihan yang baik.
Namun, Namun, jika anda hanya sekadar untuk masak pada kuantiti sedikit dan ingin mengamalkan diet pemakanan yang baik, maka anda perlu menggunakan garam halus di dalam masakan anda.
Jadi, adakah garam merah jambu lebih baik berbanding putih? Jawapannya tidak. Walaupun garam biasa mempunyai lebih banyak natrium, namun ia tidak menjadikan garam merah jambu lebih baik dari garam putih.
Tidak dinafikan ia mengandungi lebih banyak kalsium, kalium, magnesium dan zat besi. Namun, kandungan mineralini terlalu kecil sehingga tidak memberikan apa-apa kesan kepada kesihatan.

Apakah Kesan Mengambil Garam Secara Berlebihan?
Walau bagaimanapun, banyak pakar kesihatan mengatakan bahawa terlalu banyak natrium boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung,
Namun, jika mengamalkan pengambilan diet garam yang sedikit akan memberi impak kepada kesihatan. Kekurangan natrium adalah keadaan kesihatan di mana badan gagal mendapat bekalan natrium yang mencukupi yang boleh mengakibatkan suhu badan yang tinggi sekaligus menyebabkan tubuh berpeluh dan dehidrasi. Dalam kes lain, ia turut akan menyebabkan gangguan keseimbangan air dalam tisu yang penting untuk pemakanan yang baik.
Sumber: Nestle, Healthline