Carian
Asal Usul Kerja Sekolah – Siapa Yang Mengasas Idea Ini?
January 19, 2021 Lina Rosli

Homework atau dalam Bahasa Malaysia ia disebut kerja sekolah adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh kebanyakan guru dan pendidik. Ia bertujuan untuk memastikan pemahaman pelajar tentang sesuatu topik ataupun tugasan dengan lebih baik.

Bukan itu sahaja, kerja sekolah juga diberikan bagi melatih pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan tepat pada waktunya. Hal ini kerana, apabila memasuki alam pekerjaan nanti, mereka akan lebih bersedia untuk melaksanakan kerja yang berkaitan untuk sesuatu tempoh.

Persoalannya di sini, siapakah individu yang pertama mencipta terma kerja sekolah? Dan bagaimana kerja sekolah kini menjadi norma di dalam sistem pendidikan?

Sejarah Bermulanya Kerja Sekolah

Individu pertama yang mencipta kerja sekolah merupakan seorang ahli politik dan reformer pendidikan yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Horace Mann. Ia mula diperkenalkan sekitar abad ke-19.

Beliau memainkan peranan besar dalam sejarah kerja sekolah. Murid-murid yang menghadiri sekolah Volksschulen iaitu sebuah sekolah rakyat akan diberikan tugasan wajib yang perlu disiapkan di rumah pada waktu mereka sendiri.

person writing on white paper

Walau bagaimanapun istilah kerja sekolah ini mula didengari sejak zaman Rom Purba. Pada abad pertama Masihi, seorang guru pidato Pliny the Younger meminta pelajarnya untuk melakukan latihan di rumah. Sama seperti tujuan kerja rumah masa kini, ia bagi meningkatkan kemahiran bertutur dalam suasana yang lebih santai dan di luar bilik darjah.

Ada juga sejarawan yang mengatakan pencipta kerja sekolah adalah Roberto Nevilis. Beliau memperkenalkan tugasan di rumah sebagai bentuk latihan pendidikan di Itali pada tahun 1905. Ia juga dilaksanakan bagi menghukum pelajar yang malas.

Penciptaan kerja rumah memberi kesan besar terhadap kualiti pengetahuan yang diperoleh. Ia tidak hanya dipraktikkan untuk murid sekolah sahaja, malah ia juga ditampilkan kepada semua pelajar dari semua peringkat akademik. Kerja sekolah ini mengajar pelajar untuk bekerja secara bebas dan menjadi kemestian di semua institusi.

Apakah Definisi Kerja Sekolah Yang Sebenarnya?

Penciptaan kerja rumah memberi kesan besar terhadap kualiti pengetahuan yang diperoleh. Ia tidak hanya dipraktikkan untuk murid sekolah sahaja, malah ia juga ditampilkan kepada semua pelajar dari semua peringkat akademik. Kerja sekolah ini mengajar pelajar untuk bekerja secara bebas dan menjadi kemestian di semua institusi.

woman in black long sleeve shirt reading book

Untuk setiap kerja sekolah yang diberikan, ia sebenarnya hadir dengan beberapa kriteria, termasuk:

  1. Ia mestilah sesuatu yang boleh dilaksanakan oleh semua pelajar
  2. Ia bukanlah untuk menghukum, tetapi untuk melatih yang mana kuantiti kerja mestilah sederhana dan tidak terlalu banyak
  3. Ia harus diberikan semasa pelajar di dalam keadaan bersedia, iaitu selepas sesi pembelajaran dilangsungkan.

Bukan itu sahaja, kerja rumah juga diperkenalkan kerana pada zaman dahulu, tidak ada peperiksaan ataupun kuiz. Jadi, untuk memastikan semua pelajar memahami sesuatu topik, maka latihan di rumah adalah satu kemestian.

Wujud Larangan Kerja Sekolah Pada Sekitar 1900-an

Pada tahun 1901, California telah mengeluarkan larangan memberikan kerja sekolah. Larangan itu mempengaruhi semua pelajar yang berumur di bawah 15 tahun dan berkuatkuasa sehingga 1917.

Malah, ada juga dua syarikat penerbitan yang menerbitkan kenyataan dari ibu bapa dan golongan profesional perubatan yang mengatakan kerja sekolah memudaratkan kesihatan anak-anak.

Sementara pada abad ke-20 pula iaitu semasa reformasi pendidikan, para guru mula mencari cara untuk membuat tugasan kerja rumah lebih relevan bagi setiap pelajar.

boy writes on his book on the desk

Untuk sistem pendidikan di Malaysia, kerja sekolah dilihat tidak banyak menimbulkan kontrovesi dalam kalangan pelajar dan pihak sekolah. Dengan bantuan kerja rumah ini, pelajar dapat menguatkan pemahaman sesuatu perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah.

Ia juga dapat meningkatkan ingatan mereka dan mengulangi sesuatu topik sehingga mereka mahir sebelum bergerak ke fasa yang seterusnya. Di samping itu, mereka menggabungkan pelbagai kemahiran untuk mencapai hasil yang diperlukan.

Sumber: Study, College Homework

Komen