Carian
Jom Cuba Masak Siakap Kukus Lemon Ala Kedai Tomyam
January 19, 2021 Lina Rosli

Masak menu apa malam ini? Bagi anda yang teringin untuk menikmati hidangan ala tomyam, Tajria hari ini membawakan kepada anda cara memasak Siakap Kukus Lemon untuk dihidangkan bersama keluarga.

Apa yang menarik mengenai hidangan ini adalah ia hadir dengan rasa yang variasi di mana anda boleh mendapat rasa masin, manis, masam dan pedas di dalam satu menu. Menarik bukan?


Untuk mencubanya, anda perlu menyediakan beberapa bahan utama dan ikuti langkah penyediaan di bawah. Selamat mencuba!

Bahan bahan:

Untuk ikan – 

  • Ikan Siakap
  • Daun ketumbar
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3-4 tangkai cili padi, dihiris
  • 1 batang serai, dihiris
  • 1 inci halia, dihiris
  • 3 helai daun limau purut

Untuk kuah stim lemon –

  • 1 biji limau nipis
  • 1/2 biji lemon
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • Garam 
  • Gula

Cara Penyediaan:

1. Hiriskan kesemua bahan untuk ikan dan letakkan di dalam satu mangkuk,

2. Panaskan periuk kukus dan masukkan ikan. Anda juga boleh memasukkan halia dan serai di dalam perut ikan untuk menghilangkan bau hanyir.

3. Taburkan bahan-bahan yang dihiris dan biarkan ia masak dalam masa 15 hingga 20 minit. 

4. Kemudian, tuang bahan-bahan kuah ke atas ikan dan kukus beberapa minit lagi. 

5. Akhir sekali, angkat dan taburkan daun ketumbar dan hias dengan lada merah.

Selain menggunakan lemon, anda juga boleh menggunakan limau dan halia sahaja. Untuk anda yang mempunyai resepi lain, jangan lupa kongsikan bersama pembaca Tajria yang lain!

Komen