Carian
Sudah Lama Tidak Ganti Bateri Kereta? Periksa Keadaannya Sebelum Pulang Ke Kampung
January 20, 2021 Lina Rosli

Sudahkah anda memeriksa keadaan kereta anda? Adakah ia masih boleh dihidupkan ataupun kereta anda sudah mula mengeluarkan isyarat bateri pada meter kenderaan.

Untuk anda mengetahui sama ada bateri anda perlu ditukar atau sebaliknya, ia bergantung kepada usia bateri, cuaca serta kekerapan anda memandu. 

Apabila anda meletakkan kenderaan di tempat yang panas, ia akan mempercepatkan tindak balas kimia dalam bateri dan akan melepaskan cas dengan kerap sekaligus memendekkan jangka hayat bateri.

Jadi, hari ini Tajria ingin kongsikan kepada anda 5 perkhidmatan yang menawarkan servis tukar bateri kereta yang boleh anda hubungi.

Bateriku.com

Anda tidak perlu risau anda yang duduk di kawasan luar bandar atau dimana-mana sahaja kerana Bateriku.com menawarkan servis menukar bateri ke seluruh Malaysia. 

Anda hanya perlu muat turun aplikasi Bateriku.com di peranti iOS dan Android. Kemudian, tetapkan lokasi semasa anda dan pilih jenis kenderaan yang anda gunakan. Mudah bukan?

Anda juga boleh menetapkan bateri pilihan anda dan terus mendapatkan harga untuk bateri yang dipilih. Selain menukar bateri, ia turut hadir dengan servis lain seperti bantuan tepi jalan. 

Muat turun: Bateriku.com App Store Dan Play Store

Carput

Untuk Carput.my, lokasi servis yang ditawarkan masih tidak begitu menyeluruh. Ia hanya boleh diakses untuk anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Waktu operasi untuk Carput adalah dari jam 7 pagi sehingga 11 malam.

Bagi anda yang ingin mendapatkan servis Carput, muat turun aplikasi ini di peranti anda dan log masuk akaun anda. Kemudian, tetapkan jenama kenderaan, model kenderaan, tahun pengeluaran dan juga nombor plat kenderaan anda.

Melalui aplikasi ini, anda boleh menukar bateri, menunda kereta, menukar tayar dan juga mendapatkan bantuan petrol jika tangki kosong. 

Seperti aplikasi lain, anda juga boleh menetapkan jenis bateri dan harga untuk bateri yang ingin anda tukar. Ia juga menjanjikan servis dalam masa 45 minit.

Muat turun: Carput App Store Dan Play Store

Pomen

Pomen kini telah mula mengembangkan penawarannya di Kuala Lumpur, Lembang Klang, Putrajaya dan juga sebahagian besar bandar utama di Malaysia seperti Pulau Pinang, Kedah, Ipoh, Seremban, Bandar Melaka, Batu Pahat, Kuantan, Johor Bahru dan juga Kuching.

Ia tidak hanya tertumpu untuk bateri sahaja, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan lain seperti servis kenderaan, bantuan tayar dan banyak lagi.

Untuk menukar bateri, anda hanya perlu menetapkan semua informasi mengenai kenderaan anda dan aplikasi berkenaan akan terus memberikan maklumat tentang jumlah kos untuk servis tersebut. 

Muat turun: Pomen App Store Dan Play Store

Century Battery

Anda juga boleh terus mendapatkan bateri untuk kereta terus dari Century Battery. Ia menyajikan pelbagai pilihan bateri yang boleh anda dapatkan terus di depan pintu rumah anda.

Layari laman rasmi Century Battery untuk informasi lebih lanjut. Tidak seperti perkhimatan lain, ia tidak boleh diakses menerusi aplikasi untuk peranti mudah alih.

Yokohama Auto Assist

Yokohama Batteries adalah pengeluar bateri automotif tempatan yang menyediakan pelbagai produk untuk variasi model kenderaan yang berkualiti tinggi.

Anda hanya perlu muat turun aplikasi Yokohama Auto Assist di peranti dan pilihan butang Auto Assist. Kemudian, tambah model kenderaan anda dan mohon untuk mendapatkan bantuan penukaran bateri.

Anda juga boleh mendaftar bateri untuk pengesahan melalui aplikasi berkenaan. Walau bagaimanapun, aplikasi ini tidak mempamerkan harga untuk bateri dan kos penukaran yang diperlukan.

Muat turun: Yokohama Auto Assist App Store Dan Play Store

Berikut adalah beberapa senarai perkhidmatan penukaran bateri yang boleh hubungi jika terdapat sebarang masalah. Bagi anda yang ingin menambah senarai perkhidmatan lain yang turut menyediakan servis yang sama, anda boleh kongsikan bersama pembaca Tajria di ruangan artikel yang lain. 

Komen