ASICS Mengkaji Kesan Positif Sukan Terhadap Kesejahteraan Mental
Ketika dunia menghadapi risiko wabak kesihatan, sudah tentu ia memberikan kesan kepada kesihatan mental.
Berhadapan dengan risiko yang sama, ASICS telah mengumumkan komitmennya untuk menggunakan kekuatan sukan untuk kesejahteraan masyarakat di seluruh dunia.

Menurut ASICS, mereka akan menyokong lebih banyak individu dengan transformasi sukan serta menyokong projek yang membuat individu bergerak untuk kesejahteraan fizikal dan mental yang positif.
Bukan itu sahaja, ASICS juga bakal melaksanakan projek penyelidikan mengenai kesan positif sukan terhadap kesejahteraan mental. Ia menggunakan teknologi biometrik canggih untuk melihat kesan sebenar sukan pada mental individu.
Menariknya, peningkatan emosi dan kognitif dilihat lebih tinggi dalam kalangan atlet harian biasa berbanding individu lain dan juga atlet elit.
Satu penyelidikan dilakukan kepada sekumpulan atlet elit yang diawasai pakar penyelidik latihan dan kesihatan mental terkemuka untuk mengukur perkara yang mempengaruhi elemen emosi dan kognitif kesejahteraan mental.
Penemuan projek penyelidikan ini akan digunakan untuk inovasi masa depan dalam memberikan manfaat mental sukan dan latihan untuk atlet dari semua peringkat.

ASICS juga hadir dengan satu cabaran yang dinamakan The Sunrise Challenge. Melalui cabaran ini, anda boleh memuat naik gambar anda dengan matahari terbit selepas berlari atau bersenam ke Instagram dengan hashtag #SoundMindSoundBody #SunriseChallenge #ASICSMY dan tag @asicsmalaysia.
Jangan lupa letakkan kapsyen anda bagaimana bersukan dan pergerakan membuat anda berasa lebih baik dan mempengaruhi minda anda secara positif. Ikuti laman media sosial rasmi ASICS untuk mengetahui lebih lanjut mengenai The Sunrise Challenge.