Lina Rosli Diterbitkan 20 January 2021

Sejarah Cincin Kahwin – Dari Mana Ia Berasal?

Sejarah Cincin Kahwin – Dari Mana Ia Berasal?

Cincin ini hadir dengan pelbagai makna dan simbol yang tersirat. Sejak zaman Mesir Purba, cincin melambangkan status dan juga untuk menjanjikan cinta kepada orang lain.

Penggunaan cincin perkahwinan adalah budaya kumpulan orang tertentu. Sebilangan sarjana mengatakan bahawa cincin perkahwinan itu berasal dari budaya barat.

text

Namun dari sudut Islam pula, ia dinyatakan bahawa salah satu bentuk mahar adalah cincin yang diperbuat daripada besi. Rasulullah SAW bersabda, “Berikan mas kahwin walaupun hanya sebentuk cincin besi.”

Secara umumnya, asal usul cincin perkahwinan tidak begitu jelas. Ia berubah berdasarkan pandangan agama dan negara mengenai perkahwinan. Sebilangan cincin menandakan kontrak sah perkahwinan, sementara yang lain sekadar atas nama cinta semata-mata.

Bilakah Budaya Cincin Perkahwinan Muncul?

Sebilangan sejarawan mengatakan iaadalah tradisi dari zaman Purba lagi yang mana menukar cincin perkahwinan berasal dari Mesir Purba iaitu sekitar 4800 tahun yang lalu.

Lingkaran atau bentuk cincin itu adalah simbol kekal atau selamanya. Lubang cincin di tengah membawa maksud kepada perkara yang diketahui dan tidak diketahui. 

Bahan dari cincin pada zaman itu tidak tahan lama dan kemudiannya ia memperkenalkan cincin yang diperbuat daripada kulit, tulang atau gading.

Masyarakat dahulu mengatakan semakin mahal bahannya, semakin banyak kasih sayang yang ditunjukkan kepada penerima. Nilai cincin juga menunjukkan kekayaan pemberi.

two hands holding each other

Di China, terdapat beberapa pengaruh Barat dalam pemakaian cincin kawin. Secara tradisional, lelaki Cina tidak memakai cincin kerana ia dianggap tidak perlu dan tidak melambangkan perkahwinan.

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarung Di Jari Manis?

Di bahagian Eropah, terutama di Bulgaria, Cyprus, Denmark, Yunani, Macedonia Utara, Norway, Poland, Rusia, Serbia, Sepanyol, Turki dan Ukraine, cincin perkahwinan adalah dipakai di jari manis tangan kanan. Menurut agama India, cincin dipakai di tangan kanan kerana tangan kiri dianggap kotor dan tidak sesuai disarung cincinyang berharga.

Sementara di Belanda, masyarakat beragama Katolik memakai cincin perkahwinan mereka di sebelah kiri. Masyarakat Turki juga memakai cincin di tangan Kiri.

Kenapa ia disarungkan di jari manis? Jawapannya adalah ia dipercayai jari yang bersambung langsung dengan jantung. Itu diciptakan oleh istilah Latin “vena amoris” atau urat cinta. Walau bagaimana, hakikatnya manusia tidak mempunyai urat yang bersambung dengan jantung. Namun mitos itu dilihat masih kekal digunakan sehingga kini.

Sumber: With These Rings Handmade