Ini 3 Makanan Baik Untuk Kucing – Elakkan Makanan Mentah, Berbawang
Ingat, bahawa tidak semua makanan boleh diberikan kepada kucing anda. Hal ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan kucing selain mengganggu sistem penghadaman mereka.

Untuk mengetahui jenis makanan yang boleh diberikan kepada kucing, Tajria hari ini ingin berkongsi tips yang boleh anda cuba.
Ikan
Tidak dinafikan, kucing sangat menggemari ikan. Namun tahukah anda rahsia di sebalik makanan kegemaran mereka ini? Untuk pengetahuan anda, ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi, yang membantu mata kucing anda tetap tajam serta membantu melawan artritis, penyakit buah pinggang, dan gangguan jantung.
Tidak kira sama ada anda menyediakan ikan dalam tin ataupun ikan yang dimasak baik, kedua-duanya baik untuk kucing. Walau bagaimanapun, elak berikan kucing anda sushi dengan ikan mentah, kerana ia akan makanan mentah akan menyebabkan keracunan makanan.
Daging
Selain itu, kucing juga adalah pemakan daging. Ia akan memberikan mereka jantung yang kuat, penglihatan yang baik dan sistem pembiakan yang sihat. Harus diingatkan juga, sediakan kepada kucing anda daging lembu dan ayam yang telah dibuang lemaknya dan dimasak terlebih dahulu.
Pakar juga mencadangkan yang mana ayam rebus yang dimasak adalah baik untuk kucing. Elakkan memberi makan ayam yang sudah dimasak dengan bawang merah atau bawang putih kerana ia beracun untuk kucing.
Telur
Telur juga adalah sumber protein untuk kucing anda. Namun, pastikan telur yang dimasak. Seperti daging dan ikan mentah, telur mentah boleh membahayakan kucing anda.
Apabila telur tidak dimasak, telur tersebut dapat menyimpan bakteria seperti Salmonella. Bahagian putih telur mentah boleh menjadi buruk pada kucing. Ia mempunyai protein yang disebut avidin yang akan mengikat vitamin biotin penting sehingga boleh menyebabkan kucing anda kekurangan vitamin.
Makanan Kucing Tidak Boleh Dimakan
Jauhi makanan ini semasa berkongsi snek. atau makanan ringan anda:
- Coklat
- Anggur dan kismis
- Bawang dan bawang putih
- Kacang macadamia
Coklat boleh membawa maut kepada anjing dan juga beracun untuk kucing. Coklat mengandungi zat yang disebut methylxanthines yang menyebabkan muntah dan cirit-birit, suhu badan tinggi, gegaran otot, irama jantung yang tidak normal, ketidakselesaan perut, rasa dahaga meningkat dan kekejangan.
Methylxanthines juga terdapat dalam minuman berkafein dan harus dielakkan. Rujuk doktor haiwan anda sekiranya kucing anda mengalami gejala ini.
Bagi anda yang kerap ke kedai juga, elakkan daripada memberi makanan anda kepada mereka. Jika mahu memberikannya, ambil bahagian daging atau ayam yang tidak terkena minyak ataupun mempunyai kuah.