Coway Memperkenalkan Bateri Bidet – Menyasarkan Penjimatan Air
Apabila anda mengunjungi kawasan umum, isu kebersihan dan kesihatan adalah sangat penting. Lebih-lebih sewaktu wabak Covid-19 ini. Anda perlu memberikan perhatian yang lebih untuk kepada kebersihan diri termasuk kerap mencuci tangan dan mandi apabila baru pulang ke rumah.
Coway Malaysia kini hadir dengan ciptaan serba canggih iaitu Bateri Bidet. Ia merupakan alat pemancut air yang memudahkan anda membersihkan diri selepas membuang air.

Pemancut air Bateri Bidet hadir sebagai solusi mengurangkan pengunaan air, selain penggunaan bidet dilihat tidak menyebabkan percikan air ke merata-rata lantai. Bidet juga menawarkan manfaat khusus lain yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan.
Penggunaan bidet didapati mampu. mencegah dan menambah baik pengurusan jangkitan pundi kencing, buasir, kebersihan semasa haid, di samping menjaga kesihatan prostat dalam kalangan lelaki.

Menurut Coway lagi, Bateri Bidet ini juga mesra pengguna yang mana ia menawarkan pelbagai ciri praktikal. Fungsi pembersihan diri bidet membolehkannya dicuci secara automatik sebelum dan selepas digunakan untuk menjamin tahap kebersihan yang lebih tinggi.
Bagi anda yang berminat, Bateri Bidet Coway ini boleh didapatkan menerusi skim sewaan pada harga RM49 sebulan. Menerusinya, anda akan menerima perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk tempoh lima tahun.
Malah, anda juga boleh membelinya terus pada harga RM1,390 yang termasuk perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk satu tahun. Untuk maklumat lanjut mengenai Coway dan produk lain, anda boleh layari laman rasmi Coway bermula hari ini!