Carian
Mengapa Rumah Perlu Ada Ruang Khusus Untuk Makan, Tidur Dan Bersosial?
January 21, 2021 Lina Rosli

Mengapa Rumah Perlu Ada Ruang Khusus Untuk Makan, Tidur Dan Bersosial?

Pernahkah anda terfikir mengapa di setiap rumah perlu adanya dapur, bilik tidur, ruang tamu, ruang membasuh dan lain-lain?

Mengapa perlu adanya ruang. yang berbeza untuk anda melakukan aktiviti harian anda?

Jawapannya adalah supaya anda boleh menguruskan rumah dengan lebih mudah dan teratur. 

tidy room filled with furnitures

Dengan adanya ruang khusus juga, ia berfungsi untuk individu melakukan pelbagai fungsi dan aktiviti di sebuah rumah dan setiap ruang dioptimumkan untuk fungsi tersebut.

Untuk setiap rumah, terdapat tiga kawasan utama berdasarkan aktiviti yang akan dilakukan di rumah tersebut.

  1. Ruang kerja– Biasanya ruang ini adalah untuk anda melakukan aktiviti kerja seperi memasak, membasuh pakaian, pejabat dan juga untuk menyimban barang.
  2. Ruang sosial – Sementara di ruang sosial pula adalah untuk anda beristirehat sambil bersosial bersama keluarga yang mana ia biasanya dijadikan sebagai ruang tamu, bilik muzik, bilik permainan dan banyak lagi.
  3. Ruang rehat atau peribadi– Manakala untuk tempat rehat pula adalah seperti bilik tidur dan bilik mandi anda.

Walau bagaimanapun, ruang ini bukan menandakan anda perlu menyediakan bilik khas yang besar, ia boleh juga meletakkan pembahagi yang membolehkan anda membezakan sesuatu ruang di dalam rumah anda.

Elakkan Dari Menjadikan Bilik Tidur Sebagai Ruang Bekerja Anda

Sejak pelaksanaan bekerja dari rumah ini mula menjadi budaya masyarakat di Malaysia, sudah tentu ramai yang merasakan bebas untuk melakukan kerja tanpa perlu risau akan penampilan selain waktu bekerja yang lebih fleksibel.

gray fabric loveseat near brown wooden table

Malah, terdapat segelintir individu yang menjadikan katil sebagai ruang pekerjaan sementara. Namun, tahukah anda bahawa tabiat ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai rutin harian?

Bekerja di atas katil mempunyai lebih banyak buruk dari baiknya. Ia bukan sahaja mengakibatkan tidak keselesaan, malah ia juga akan memberi kepada postur tubuh anda.

Selain itu, bekerja sebelum tidur dan melihat skrin yang terang di tempat tidur juga akan mengurangkan melatonin yang anda perlukan untuk tidur. Dengan ini, ia akan menjejaskan kualiti tidur anda sekaligus akan mempengaruhi produktiviti anda pada keesokan harinya.

Oleh itu, sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan meja bekerja dan juga kelengkapan pejabat yang mencukupi di rumah supaya anda dapat melakukan kerja dengan lebih efisien.

_______________________________________________________________________

Secara sainsnya, menyediakan ruang khusus untuk setiap aktiviti adalah penting untuk anda mengurus mental. Hal ini kerana, setiap ruang mempunyai suhu, tahap kebisingan dan juga persekitaran yang tersendiri. Dan para penyelidik mendapati bahawa mengoptimumkan ruang ini berdasarkan aktiviti yang dilakukan dapat memberi kesan yang dapat diukur pada kemampuan kognitif dan kesihatan mental kita.

Sumber: 

Komen