Cetaphil Bright Healthy Radiance – Mencerahkan Tanpa Membahayakan Kulit
Jika sebelum ini, Cetaphil hadir dengan rangkaian produk yang merawat. kulit sensitif, kini jenama ini tampil dengan sebuah produk baru yang dinamakan Bright Healthy Radiance.
Ia rangkaian penjagaan kulit pertama yang direka untuk mencerahkan kulit tanpa membahayakan kulit. Ia juga sesuai untuk jenis kulit kering dan juga kulit normal, termasuk kulit sensitif.
.jpg)
Rangkaian produk Cetaphil Bright Healthy Radiance baharu akan membersihkan kulit secara lembut dan memberi hidrasi supaya kulit sentiasa lembut. Ia juga. iformulasikan untuk mencerah dan meratakan tona kulit yang mana mampu menjadikan kulit lebih cerah dan berseri sepanjang hari di samping memperbaiki kulit wajah pada waktu malam.
Rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance menggunakan Gentle Bright Technology, kombinasi Sea Daffodil, iaitu ekstrak tumbuhan semula jadi yang terbukti dapat mengawal dan menghalang penghasilan melanin yang berlebihan, untuk mencerahkan dan mengurangkan saiz bintik hitam.
Ia juga hadir dengan Niacinamide iaitu agen ntioksidan yang lembut dan berkesan mengawal pemindahan melanin ke permukaan kulit, supaya tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna tanpa iritasi dalam empat minggu. Rangkaian produk buatan Korea ini merupakan cara sihat untuk cerah dan berseri.
Selain pembersih wajah, di bawah rangkaian produk ini, Cetaphil turut memperkenalkan penyegar yang membantu mencerah dan menghidrat kulit agar kelihatan cerah, halus dan lembut secara serta-merta.
Cetaphil juga membawakan Brightening Day Cream Protection yang hadir dengan SPF15 untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang berbahaya. Pada masa yang sama, Brightening Night Comfort Cream untuk proses pencerahan ketika anda tidur untuk menjadikan kulit kelihatan segar dan cerah pada waktu pagi.
Bgai anda yang berminat, Cetaphil Brightness Reveal Creamy Cleanser boleh didapati pada harga RM39.00, Cetaphil Brightness Refresh Toner berharga RM59.00, sementara Cetaphil Brightening Day Protection Cream dan Cetaphil Brightening Night Comfort Cream pula dijual pada harga RM113.00.