Apakah Warna Yang Dilihat Jika Menutup Mata – Hitam Atau Tiada Warna?

Tahukah anda, mata kita hanya dapat melihat tiga jenis kon warna iaitu biru, merah dan hijau. Namun, di dalam kon ini terdapat berjuta-juta warna lain yang menjadikan variasi pada penglihatan anda.

Namun, apa yang membuatkan kita dapat melihat warna tersebut? Photon atau disebut foton yang mana ia berfungsi dalam memantul dari benda-benda ini dan ke bola mata kita. 

close up photography of rainbow rays on eye

Foton diserap oleh kira-kira 126 juta sel sensitif cahaya. Ia akan memberi reaksi terhadap zarah yang mana akan mengubahnya menjadi tenaga elektrik yang kemudian dihantar ke otak dalam bentuk, warna, kecerahan yang berbeza untuk membentuk gambar.

Ketika Mata Kita Tertutup, Apakah Warna Yang Dilihat?

Sebilangan besar orang melihat percikan warna dan kilatan cahaya pada latar belakang yang tidak cukup jelas ketika mata mereka ditutup.

Fenomena yang disebut fosfen dan ia berpunca dari sistem visual iaitu mata dan otak. Walaupun mata kita ditutup, namun ia masih lagi bergiat aktif dalam memproses cahaya disekeliling.

Warna hitam adalah sinonim kepada tiada warna atau untuk mata ia dikategorikan sebagai tiada cahaya. Pada sistem visual manusia, kita sebenarnya akan melihat warna eigengrau atau warna kelabu seakan abu. Ini kerana cahaya memberikan kontras yang diperlukan untuk melihat kegelapan. 

upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/47/Eig...

Antara contoh yang paling dekat adalah kamera. Bayangkan sistem visual anda seperti kamera rakaman dengan penutup lensa dihidupkan. Kamera masih berfungsi sepenuhnya. Ia masih merakam dan menyimpan data minit dan jam.

Sama juga seperti mata, retina kita tetap berfungsi sepenuhnya walaupun mata kita tertutup. Retina adalah lapisan sel sensitif cahaya di bahagian belakang bola mata. Ia merakam rangsangan dan memancarkan impuls melalui saraf optik ke otak yang menyusunnya menjadi gambar visual.

woman's face with sunlight on eyes

Walau bagaimanapun, warna eigengrau ini bukanlah warna statik yang mana ia akan berubah mengikut persekitaran anda. Kontras yang diberikan akan menghasilkan warna-warna yang berbeza seperti warna keunguan, cloudy dan bermacam-macam lagi.

Ia juga bergantung pada persepsi warna anda sendiri. Untuk anda yang mengalami masalah buta warna, anda mungkin akan melihat warna yang berbeza berbanding orang lain. Malah, segelintir orang akan melihat warna terakhir yang dilihat sebelum menutup mata.

Kesimpulannya, apakah warna yang kita lihat sewaktu mata kita tertutup? Jawapannya, secara umumnya anda akan melihat warna eigengrau. Namun, ia masih bergantung kepada persekitaran dan kontras pada mata anda. Ketika anda menutup mata, kelopak mata bertindak sebagai tint hitam yang akan menambah kontras pada warna yang mana anda lihat menjadikannya lebih gelap dan kelihatan keabuan.