Carian
Asal Usul Karipap – Mirip Pastri Cornish Dan Empanada, Siapa Pencipta Awal?
January 22, 2021 Lina Rosli

Asal Usul Karipap – Mirip Pastri Cornish Dan Empanada, Siapa Pencipta Awal?

Karipap adalah salah satu kuih tradisional yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Jika anda ke pasar ataupu keluar ingin membeli sarapan, pastinya kuih karipap tidak lupa untuk dibawa pulang ke rumah.

Terdapat pelbagai jenis karipap yang boleh didapati di pasaran. Ada karipap jenis karipap pusing, karipap mini dan juga karipap biasa. Jika sebut mengenai intinya pula, ia hadir dengan inti ayam, daging, kentang, sardin dan banyak lagi.

white rose bouquet in ceramic vase on wooden fence

Populariti karipap ini bukan sahaja dalam lingkungan Asia Tenggara, malah ia juga terdapat di beberapa negara lain yang turut mempunyai hidangan yang seakan sama dengan karipap iaitu Empanada dari Sepanyol dan juga pastri Cornish dari United Kingdom.

Sebelum itu, mari kita lihat bilakah karipap mula diperkenalkan dan sejarah di sebalik karipap.

Sejarah Karipap

Karipap adalah pastri separa bulat yang digoreng yang mempunyai inti kentang kari di dalamnya.

Asal usul karipap ini tidak begitu jelas, namun penghasilannya dilihat mendapat inspirasi dari pastri Cornish, empanada dan juga samosa yang berasal dari India.

Free stock photo of baked goods, baking, bread, breakfast
empanada

Berdasarkan satu kajian, idea karipap ini muncul selepas pengenalan pastri Cornish diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1800-an

Ia mula menjadi makanan masyarakat tempatan bermula tahun 1920-an. Pada waktu itu, sebuah restoran tempatan yang terkenal pada tahun 1926 adalah yang yang pertama menjual pastri tersebut. 

Dan akhirnya pada awal tahun 1930-an, restoran di hotel-hotel ternama seperti Raffles dan Adelphi mengiklankan persembahan karipap dan selepas itu karipap menjadi kuih yang popular untuk dibawa. berkelah dan pesta. Malah, pada zaman dahulu juga, karipap ini dijual dengan dengan sos cili manis dan masam.

Bagaimana Karipap Masih Wujud Hingga Masa Kini?

Pastri luarnya yang rangup menjadikan sebab mengapa ramai menggemari kuih ini. Tambahan pula, variasi inti yang boleh dipilih menjadikan ia lebih versatil dan mudah untuk melepasi standard selera semua orang.

Berbanding kuih tradisional yang lain, karipap juga hadir dengan kelasnya yang tersendiri. Ia bukan sahaja diminati oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia, malah ia turut mendapat perhatian individu luar juga. Apa yang menarik, karipap ini tidak hanya dijual di warung-warung kecil, tapi ia juga kedai-kedai makan ternama termasuk IKEA. 

Malah, kemudahan teknologi dan juga perkembangan industri kecil banyak menyumbang kepada kewujudan karipada sehingga hari ini. Karipap hadir dengan inovasi sejuk beku yang menjadikan ia mudah untuk didapati yang mana anda boleh memasaknya sendiri di rumah tanpa.

Komen