Perlukah Anda Memakai Krim Muka Selepas Pelembap?
Menghidrat dan melembapkan kulit adalah penting bagi mendapatkan kulit yang lembut dan sihat. Malah, ia juga dapat mengurangkan kemungkinan yang mana kulit anda mengalami masalah kulit kering atau berminyak yang boleh mendorong kepada masalah kulit yang lebih teruk.
Jika anda lihat di pasaran, terdapat variasi jenis produk yang digunakan dalam memastikan kelembapan kulit seperti moisturizer, krim siang dan malam dan juga losyen wajah.

Jadi hari ini, Tajria akan berkongsi kepada anda produk manakah yang sesuai kepada anda atau perlukah anda memakai kedua-duanya sekali?
Apakah Perbezaan Antara Pelembap dan Krim?
Pelembap atau moisturizers dihasilkan khusus untuk mengembalikan kelembapan kembali ke kulit anda. Terdapat tiga jenis pelembap itu berasaskan minyak yang dikenali sebagai emolien, berasaskan air dan juga pelembap oklusif. Emolien biasanya boleh didapati dalam bentuk gel dan losyen.
Sementara, untuk krim siang dan malam pula bertindak untuk mengunci pori-pori sekaligus membantu mengekalkan minyak semula jadi yang dikeluarkan dari kulit anda. Krim ini juga dilihat. lebih bersesuaian dengan jenis kulit yang kering berbanding berminyak kerana kulit kering memerlukan kadar penyerapan yang lebih cepat untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat.

Mengulas lanjut mengenai krim lagi, tidak seperti pelembap, krim siang dan malam disesuaikan untuk penggunaan kosmetik dan klinikal. Ia juga mengandungi lebih banyak bahan berasaskan minyak dari peptida berkhasiat dan agen pembentukan kolagen.
Bahan utama dalam krim siang dan malam adalah seperti vitamin A, C dan E, asid Hyaluronik, AHA atau BHA dan Glycolic Acid untuk mengelakkan bintik-bintik dan melegakan jerawat
Kesemua bahan ini pada asasnya diperlukan untuk membina semula dan memperbaiki kulit. Namun, apa yang membeza krim dan juga pelembap adalah bahan tambahan yang disertakan seperti SPF yang mana hadir untuk menghalang kulit dari terkena sinar UV ketika berada di luar.
Jadi, Perlukah Anda Memakai Krim Muka Selepas Pelembap?
Jawapannya, ia bergantung kepada rutin penjagaan kulit anda. Walau bagaimanapun, pelembap cenderung hadir dengan tekstur yang lebih ringan berbanding krim. Jadi, apabila hadir dengan formula lebih ringan, ia dilihat sesuai dipakai jika anda memakai solekan.
Krim siang dan malam pula teksturnya lebih berat dan sesuai untuk jenis kulit kombinasi dan kering. Biasanya, krim muka diformulasikan dengan bahan-bahan untuk menyuburkan dan merawat kulit untuk pembaikan lebih lanjut, untuk membantu pembaharuan sel dan pengisian kelembapan.
Krim siang dan krim malam yang tepat untuk rejimen penjagaan kulit anda bergantung pada keperluan kulit anda. Sebagai contoh, jika anda terdedah kepada selaran matahari, anda mungkin perlu mendapatkan krim siang yang mengandungi sifat tahan UVA / UVB.
Sekiranya anda terdedah kepada kulit yang letih dan kusam, krim malam baik untuk meningkatkan kolagen dan mengatasi kerosakan pada kulit anda. Krim ini mempunyai konsistensi minyak yang lebih berat dan mempunyai ciri-ciri agen pembentukan semula kulit seperti ceramida berkhasiat dan vitamin antioksidan.