Resepi Ikan Bilis Dengan Petai – Menu Ringkas Untuk Tengahari Ini
Jika sebelum ini, Tajria pernah membawakan kepada anda menu ikan bilis goreng cili api dan bawang. Kali ini, Tajria variasikan sikit menu tersebut dengan menambah petai bersama-sama dengannya.
Menu ini bukan sahaja mudah ringkas malah ia turut memberikan khasiat yang. cukup untuk menu tengahari anda. Untuk pengetahuan anda, petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding sayuran atau tumbuhan yang lain. Malah, sesuai untuk anda yang bekerja juga kerana ia mampu meningkatkan daya kognitif minda sekaligus membantu melaksanakan tuga dengan lebih baik.
Jadi, berikut adalah beberapa bahan yang diperlukan dan juga cara penyediaan yang boleh anda ikuti.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan ikan bilis goreng:
Bahan-bahan:
- Ikan bilis (yang suda dibelah)
- Tiga tangkai petai (dihiris kasar)
- 1 1/2 biji bawang merah besar (dihiris)
- 3 biji bawang putih (dihiris)
- 7 tangkai cili api (dihiris)
- Garam secukup rasa
- Ajinomoto secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga rangup dan berwarna coklat keemasan.
- Selesai menggoreng, angkat ikan bilis goreng dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan cili api yang telah dihiris. Pastikan ia garing dan berbau wangi dan kemudian masukkan sedikit garam dan ajinomoto.
- Seterusnya, masukkan ikan bilis dan juga petai.
- Gaulkan sehingga sekata dan anda boleh hidangkan bersama nasi panas dan lauk yang lain. Selamat mencuba!