KFC Golden Butter Cereal – Ayam Dengan Nestum Manis, Daun Kari Dan Cili
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung pada Februari ini, KFC telah membawakan satu lagi menu baru dengan tema kekayaan dan kemewahan iaitu KFC Golden Butter Cereal.

Untuk menu kali ini, ia menyajikan ayam goreng KFC Hot & Spicy yang ditambah dengan bahan baru iaitu mentega berkrim, malt bijiran, daun parsley dan daun kari. Ia juga ditabur dengan bijiran Nestum manis bermentega, daun kari dan cili bagi memberikan tekstur luar yang rapuh dan rangup.
Untuk mendapatkannya, anda boleh membeli dan mendapatkan menu baru ini. menerusi Kombo 2-ketul atau 3-ketul dan juga Box Meal yang turut didatangi bersama Zinger Burger, Crispier Fries, dan coleslaw pada harga bermula RM15.99.

Selain ayam Golden Butter Cereal, KFC turut menampilkan kembali menu KFC Celebration Bucket dan Chili Cheese Balls yang boleh anda dapatkan khusus sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Pesan dan beli di rangkaian KFC berdekatan anda atau anda juga boleh membelinya menerusi GrabFood dan juga FoodPanda bermula esok iaitu 26 Januari 2021.