Carian
Dapatkan Aksesori Yang Minimal Tapi Mewah Tailored Jewel – Harga Bermula RM159
January 26, 2021 Lina Rosli

Dapatkan Aksesori Yang Minimal Tapi Mewah Tailored Jewel – Harga Bermula RM159

Bagi anda yang meminati set aksesori diri seperti anting-anting atau subang, rantai, gelang, serta cincin, Tailored Jewel kini hadir dengan penawaran produk aksesori wanita yang cukup menawan yang boleh anda dapati pada harga yang berpatutan.

Antaranya adalah koleksi anting-anting dari The Japanese Akoya Pearl Earrings, koleksi Sunflower dan juga koleksi Gemstone yang terdiri daripada rantai, anting-anting serta gelang. Kesemua koleksi ini bukan sahaja sesuai untuk didapatkan anda malah ia juga boleh dijadikan hadiah yang sempurna untuk rakan, keluarga dan juga orang tersayang.

Perhiasan istimewa ini turut dikatakan sesuai untuk anda yang ingin memakainya setiap hari yang mana cirinya yang minimal menjadikannya santai untuk digayakan sewaktu bekerja dari rumah dan melaksanakan perbincangan atas-talian.

Koleksi Sunflower terdiri daripada anting-anting Sunflower yang unik dan menarik yang mana ia menampilkan bahan 925 Solid Silver bersama warna enamel sejuk dan zirkonia kubik yang turut tersedia dalam enam warna yang berbeza.

Bagi anda yang menyukai perhiasan yang lebih halus, namun lebih elegan, anda boleh memilih dari tiga batu permata yang berbeza seperti Emerald, Amethyst dan Spinel.

Semua koleksi dari Tailored Jewel ini membawa tanda harga di bawah RM300 selepas menawarkan potongan harga bersempena perlaksanaan PKP ini. Tailored Jewel juga membawa Rainbow Sapphire Ring, dihiasi dengan Sapphires semula jadi pelbagai warna pada jalur Emas 14K. Rainbow Sapphire Ring tersedia khas di Tailored Jewel dan sama uniknya dengan ikatan yang dikongsi dengan yang lain menjadikannya sangat romantik dipakai sama ada sewaktu majlis penikahan ataupun hadiah ulang tahun yang sempurna.

Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman web Tailored Jewel dan mula membuat pesanan aksesori yang anda gemari bermula hari ini.

Setiap barangan akan dihantar terus ke rumah anda dengan tawaran penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.

Komen