Asal Usul Mainan – Apa Jenis Mainan Pertama Yang Dicipta?
Jika anda imbas kembali zaman sewaktu anda masih kecil, adakah anda ingat lagi mainan pertama yang anda dapat atau beli? Jika ya, masihkah anda menyimpannya lagi?
Untuk saya sendiri, mainan pertama yang saya dapat adalah patung Mr. Woody, Zurg dan Rex yang mana pada ketika itu yang mendapatnya melalui set pembelian Happy Meals di McDonalds.
Mainan ini sangat sinonim dengan kanak-kanak yang mana ia merupakan satu alat atau barangan yang digunakan sewaktu bermain. Tidak seperti sekarang, pada zaman dahulu tidak banyak lagi permainan yang disediakan secara digital dan kebanyakan syarikat permainan memfokuskan kepada barang permainan seperti anak patung dan juga permainan papan.
Jadi, bilakah mainan ini mula diperkenalkan dan apakah permainan pertama yang muncul di dunia?
Asal Usul Mainan, Perubahan Mengikut Masa
Perkataan ‘mainan’ mula menjadi bual mulut masyarakat pada abad ke-16. Pada masa itu ia digunakan pada benda-benda tawdry yang mana merujuk kepada sesuatu alat yang menyerlah tetapi tidak berkualiti seperti kancing dan permainan. Tidak seperti masa kini yang mana mainan digunakan oleh kanak-kanak, mainan dahulunya lebih cenderung untuk hiburan untuk orang dewasa.
Berdasarkan sejawaran, tiada ada spesifik tarikh bilakah ia mula dicipta. Namun, kita boleh melihat perkembangan mainan selari dengan peredaran masa dari awalnya ia dicipta untuk orang dewasa dan bagaimana ia boleh menjadi mainan untuk kanak-kanak.
Antara mainan pertama yang muncul adalah guli. Batu guli ditemui di kubur kanak-kanak di Nagada, Mesir pada sekitar tahun 4000 SM.
Bukan itu sahaja, permainan papan dan permainan kad seperti catur, bingo, jigsaw puzzle, domino dan juga dadu turut diperkenalkan sekitar waktu yang sama. Namun, ia dimodenkan kembali pada tahun sekitar 1820 hingga 1840.
Masuk pada abad pertengahan sekitar abad ke-18, mainan banyak dihasilkan menggunakan kayu seperti anak patung, mainan yo-yo, layang-layang dan banyak lagi.
Menjelang tahun 1890-an, industri mainan dilihat semakin berkembang dan dihasilkan secara besar-besaran. Reka bentuk mainan sering dipengaruhi oleh industri.
Hollow cast lead adalah teknik yang digunakan dalam pengeluaran besar-besaran mainanaskar timah di England. Dia juga menggunakan teknik ini ketika membuat mainan yang lebih kompleks, menambahkan mekanisme kain dan jam.
Bergerak ke era yang mana kartun seperti Mickey Mouse mula diperkenalkan iaitu pada tahun 1920-an, penawaran mainan turut menerima impak yang besar. Kartun tersebut mula diterjemahkan dalam bentuk merchandise. Bermula dari sinilah, permainan banyak dicipta dan ditawarkan khusus untuk kanak-kanak berdasarkan cerita kartun yang ditonton.
Pada tahun 1990 pula, gameboy dan permainan konsol Nintendo mula bertapak dalam pasaran. Pada ketika itu ia memfokuskan kepada permainan keluarga yang mana boleh dimainkan bersama-sama dan bersifat terbuka dan digital.
Adakah Mainan Masih Relevan Pada Masa Kini?
Pada pendapat saya sendiri, kehadiran permainan ini dilihat memberikan impak yang besar dalam komunikasi kanak-kanak. Hal ini kerana, bermain permainan melibatkan interaksi fizikal dan komunikasi dua hala yang berkesan.
Malah, dengan mainan ini juga ia menampilkan kreativiti dan juga memberikan keperibadian yang berbeza yang sangat penting dalam perkembangan mental mereka.
Mainan pada dasarnya mengajar kanak-kanak kemahiran sosial yang sebenarnya, yang membantu mencegah mereka menjadi remaja dan dewasa yang canggung secara sosial.
Jadi adakah mainan masih relevan hingga kini? Jawapannya adalah ya. Dengan kehadiran pelbagai jenis mainan dalam pasaran masa kini, tidak dinafikan ia masih lagi relevan untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, cara memainkan mainan sekarang tidaklah sama seperti dahulu yang mana mainan pada masa kini lebih cenderung kepada mainan yang bersifat peribadi.
Sebagai contoh, mainan pada masa dahulu iaitu mainan kad atau catur dimainkan oleh semua lapisan masyarakat yang tidak tertumpu pada minat semata-mata. Berbeza dengan mainan pada masa kini yang ditawarkan dan hanya dibeli apabila ia menepati citarasa dan berpadanan dengan masa dan kos.
Sumber: Bright on Museum, A Marketer