Min Ahmad Diterbitkan 26 January 2021

Mac and Cheese Mudah dan Enak

Mac and Cheese Mudah dan Enak

Saya mempunyai anak kecil yang gemarkan makanan western. Antara makanan yang beliau gemari ialah mac and cheese. Saya cuba membuat resepi homemade mac and cheese mudah yang saya jumpa di atas talian namun bagi lidah saya, rasanya agak bland dan mendatangkan rasa muak. Jadi saya ubahsuai resepi mac and cheese agar kena dengan citarasa saya sebagai orang Malaysia.

Kandungan kalori:  130.5 kcal (untuk 1 hidangan saiz )

Tempoh penyediaan bahan-bahan: 15 minit 

Tempoh memasak: 45 minit

Saiz hidangan: 3 orang

 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan makaroni
  • 3 ulas bawang putih diketuk atau dicincang kasar
  • 1/2 biji bawang besar Holland didadu
  • 2 biji tomato didadu
  • 1 tin sup cendawan Campbell
  • 1 sudu kecil lada hitam kasar
  • 3 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 750ml susu
  • 2 sudu besar minyak jagung, dan sedikit lagi untuk mengoles dulang pembakar
  • Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

Rebus makaroni selama 10 minit. Pastikan ia al dente dan tidak dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia terlalu lembut lantas pecah.

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang Holland sehingga layu.

Selepas bahan yang ditumis layu, masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan sup tomato. 

Tumis sebentar sehingga bahan-bahan sebati. Tutup api dan ketepikan.

Dalam kuali lain, panaskan mentega dengan api yang kecil sehingga ia cair. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga ia bertukar menjadi paste.

Masukkan susu sedikit demi sedikit ke dalam campuran paste tepung dan mentega tadi dan kacau sehingga ia sebati. ulang proses ini beberapa kali sehingga susu habis. Proses ini penting dan susu sama sekali tidak boleh ditambah secara sekaligus untuk mendapatkan sos yang konsisten dan tidak berketul.

Masukkan pasta yang telah dimasakkan terlebih dahulu ke dalam campuran ini. Perisakan dengan sedikit