Carian
Jus Hijau / Green Juice 
January 26, 2021 Nursyafika

Jus Hijau / Green Juice 

Jus hijau atau lebih dikenali sebagai ‘Green Juice’ dalam bahasa inggeris mula terkenal sejak beberapa tahun lalu. Jus Hijau bukan merupakan makanan tambahan atau pun suplemen. Ianya merupakan minuman terdiri daripada sayur-sayuran & buah-buahan. Ianya salah satu cara untuk menambahkan nutrisi dalam kehidupan seharian. 
 

 

  1. Saderi atau Timun. Untuk yang pertama kali untuk memulakan Jus Hijau di dalam kehidupan seharian, anda boleh mula dengan timun. Jus menggunakan saderi sangat popular kerana kebaikan saderi untuk saluran penghadaman.
  2. Sayur hijau. Untuk sayuran yang ke dua adalah sayur hijau. Contohnya, bayam hijau, salad arugula, salad romaine atau kale. Sayur hijau kaya dengan nutrisi seperti antioksidan.
  3. Buah-buahan. Buah-buahan sangat penting dalam jus hijau kerana ianya akan mengenakkan rasa jus tersebut. Buah-buahan yang sesuai seperti, epal, pir atau nanas.
  4. Lobak merah. Lobak merah kaya dengan vitamin A yang baik untuk mata.
  5. Sitrus. Sitrus kaya dengan vitamin C. Contoh buah sitrus adalah oren, limau & lemon.
  6. Tambahan. Halia, kunyit hidup atau daun pudina.

Resepi jus hijau

  • 5 batang saderi
  • 1 cawan bayam muda
  • 2 epal hijau
  • 1/4 lemon
  • halia sebesar 2cm / 3-4 helai daun pudina
  • kunyit hidup sebesar 1cm.
  • 1/2 lobak merah
  • 1 cawan air

 

 

Komen