Tips Mudah Dan Praktikal Untuk Kekal Sihat Apabila Tiba Musim Perayaan Oleh NKF
Untuk menjadi sihat dan juga bebas penyakit bukanlah sesuatu yang mudah. Ia berbalik kepada gaya hidup dan juga cara pemakanan kita dalam memastikan kesihatan secara menyeluruh lebih-lebih lagi sewaktu musim Covid-19.
Oleh itu, bersempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2021 iaitu tahun lembu ini, NKF berkongsi kepada anda tips yang mudah, praktikal dan juga kreatif yang boleh anda laksanakan dalam mendapatkan tubuh yang sihat.
Amalkan diet yang sihat dan seimbang
Apabila tiba musim perayaan, ramai orang pastinya akan melupakan cara mengamalkan diet yang seimbang. Biskut, kuih, manisan, kek dan macam-macam lagi dimakan secara berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang kepada kesihatan kita dan juga buah pinggang.
Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil bahagian makanan yang lebih kecil, sambil mengekalkan diet seimbang.
Kurangkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam yang tidak sihat. Sebaliknya, tingkatkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, dan protein tanpa lemak. Beberapa jenis ikan dan makanan laut juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang sangat bermanfaat, yang baik.
Luangkan masa beraktiviti bersama keluarga
Tahun Baru Cina ini adalah peluang yang tepat untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga. Cuba rancang beberapa aktiviti yang menyeronokkan di mana semua orang boleh mengambil bahagian.
Terdapat beberapa idea untuk aktiviti termasuk bermain teka-teki jigsaw bersama, bermain permainan papan atau mengatur sesi karaoke. Dengan melakukan aktiviti ini, ia bukan sahaja mengeratkan hubungan malah, ia juga memberikan impak kepada kesihatan yang lebih baik.
Lakukan aktiviti fizikal secara berkala
Cara lain yang bermanfaat untuk menjalin hubungan dengan keluarga adalah dengan melakukan aktiviti fizikal.
Pakar kesihatan mengesyorkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal setiap hari. Nikmati berjalan-jalan atau berjoging di sekitar kawasan atau kampung anda setiap hari.
Atau mulakan cabaran fizikal dengan ahli keluarga dengan bermain tali lompat. Kerana yang penting ialah bergerak dan lakukannya secara berkala.
Kekal hidrasi dan mendapat. tidur yang cukup
Semasa melakukan semua aktiviti fizikal itu, penting untuk tetap terhidrasi dengan banyak meminum air yang mencukupi. Kurangkan minuman bergula, berasid dan berkarbonat.
Bukan itu sahaja, dapatkan tidur yang betul setiap hari, walaupun pada hari cuti. Pakar mengesyorkan wakti tidur antara 7-8 jam untuk orang dewasa sementara 9-10 jam. untuk kanak-kanak.
Bersosial dengan kenalan atau keluarga yang jauh
Walaupun kita mungkin berjauhan dengan keluarga besar dan orang yang kita sayangi pada Tahun Baru ini, itu tidak bermakna kita perlu terputus hubungan sosial dengan mereka.
Terdapat banyak aplikasi dan alat digital yang membolehkan beberapa individu dari pelbagai lokasi yang membolehkan anda kekal bersosial dan berkomunikasi. Antaranya anda boleh melakukan panggilan video, bersembang di media sosial dan banyak lagi.
Sebenarnya, dengan sedikit kreativiti, pastinya boleh menjadikan sambutan Tahun Baru Cina ini menjadi tahun yang diingati. Praktikkan amalan gaya hidup yang baik supaya anda tetap sihat secara fizikal dan mental bersama keluarga dan orang tersayang.