Ini Adalah 5 Hidangan Yang Boleh Disediakan Kurang Dari 15 Minit
Tidak cukup masa untuk masak dan anda kerap membuat pesanan makanan dari luar? Untuk seminggu pertama, pastinya ia tiada masalah. Namun jika berterusan, ia bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan anda, malah ia juga tidak bernas untuk pengurusan kewangan anda untuk waktu gawat pada masa kini.
Oleh itu, bagi anda yang sibuk dengan urusan kerja serta tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan hidangan yang berat, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda menu yang boleh anda hidangkan dan sediakan dalam masa 15 minit atau kurang.
Telur Hancur Dan Cendawan
Bahan-bahan
- 3 biji telur
- cendawan shitake (Hiris kasar)
- bayam
- garam
- 1 biji bawang merah (cincang halus)
- 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
- cili api (dihiris)
Cara penyediaan:
- Letakkan sedikit minyak di atas kuali dan biarkan ia panas. Kemudia masukkan telur dan masak sehingga hancur dan garing.
- Apabila sudah masak, letakkan telur di dalam bekas dan biarkan ia sejuk sebentar.
- Tumis bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan juga garam secukup rasa.
- Masukkan cendawan dan gaulkan bersama bawang dan cili.
- Akhir sekali, masukkan telur dan masak hingga sebati.
Ikan Bilis Petai
Bahan-bahan:
- Ikan bilis (yang suda dibelah)
- Tiga tangkai petai (dihiris kasar)
- 1 1/2 biji bawang merah besar (dihiris)
- 3 biji bawang putih (dihiris)
- 7 tangkai cili api (dihiris)
- Garam secukup rasa
- Ajinomoto secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga rangup dan berwarna coklat keemasan.
- Selesai menggoreng, angkat ikan bilis goreng dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan cili api yang telah dihiris. Pastikan ia garing dan berbau wangi dan kemudian masukkan sedikit garam dan ajinomoto.
- Seterusnya, masukkan ikan bilis dan juga petai.
- Gaulkan sehingga sekata dan anda boleh hidangkan bersama nasi panas dan lauk yang lain. Selamat mencuba!
Sotong Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
- Sotong yang telah siap dibersihkan
- 3 biji bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 5 tangkai cili api (dihiris)
- kunyit hidup (dihiris)
- serbuk kunyit
- garam secukupnya
Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak pada api sederhana. Masukkan sotong dan biarkan ia masak terlebih dahulu. Jika sudah masak, angkat sotong bersama dengan airnya sekali.
- Kemudian, masukkan minyak lagi pada kuali yang telah digunakan. Kali ini, tumis bawang merah, bawang putih, cili dan kunyit yang telah dihiris. Biarkan ia tumis sehingga ia naik bau.
- Seterusnya, masukkan sotong ke dalam bahan tumisan. Untuk warna yang lebih menarik, letakkan serbuk kunyit secukupnya. Selepas itu, masukkan garam ke dalam hidangan.
- Biarkan ia masak seketika dan sotong masak kunyit anda boleh dihidangkan. Selamat mencuba!
Ayam Masak Sos Tiram
Bahan-Bahan:
- Ayam potong kecil
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 2 ulas bawang putih (hiris)
- 1 biji bawang besar
- cili api (hiris)
- lada kering (gunting kasar)
- lada hitam
- lobak merah (hiris halus)
- Kobis bunga
- 1/2 sudu tepung jagung untuk pekatkan kuah
Cara Penyediaan:
- Perap ayam bawang putih, sos tiram dan kicap.
- Sambil perap, panaskan miyak kemudian tumis bawang, cili api dan lada kering sehingga masak.
- Setelah masak, masukkan sayur lobak dan kobis bunga.
- Seterusnya, masukkan ayam dan gaulkan sehingga air ayam keluar.
- Bila ayam sedikit garing, masukkan sos tiram, lada sulah dan garam.
- Kemudian, tambah air bancuhan tepung jagung.
- Kacau kesemu bahan hingga sekata dan masak.
Udang Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang
Bahan-bahan:
- Udang (boleh juga dibuang kepala)
- Kacang panjang
- 2 ulas bawang putih (hiris)
- 1 biji bawang besar (hiris)
- Cili api (hiris)
- Serbuk kunyit
- Garam
Cara Penyediaan:
- Gaulkan udang dengan kunyit dan garam.
- Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang sehingga masak.
- Masukkan bawang dan tumis sehingga naik bau.
- Seterusnya, masukkan kacang panjang dan digoreng sehingga agak lembut.
- Masukkan sedikit rasa garam dan hidangkan bersama keluarga.