Carian
Resepi ‘overnight oats’
January 27, 2021 Nursyafika

Resepi ‘overnight oats’

Oats adalah merupakan salah satu sumber karbohidrat yang baik untuk tubuh badan. Di sini saya akan kongsikan resepi ‘overnight oats’ yang anda boleh cuba untuk memulakan hidup sihat. Ianya sesuai dijadikan sarapan ataupun bila-bila masa sahaja. 

Satu tips yang anda harus tahu. Jika memilih oatmeal yang berada di pasaran, anda harus memilih oats yang tidak dicampur dengan gula ataupun perisa yang lain. Pilih lah oats yang mempunyai 1 kandungan sahaja iaitu oats. Itu adalah pilihan yang terbaik. Jadi mari kita mulakan dengan resepi overnight oats yang sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan.

  1. 3/4 cawan oats. 
  2. 1 cawan susu segar. Anda boleh menggunakan susu segar yang anda suka sama ada susu lembu atau susu soya/badam.
  3. 3 biji kurma.
  4. 1 biji pisang.
  5. Buah beri untuk topping.
  6. Aneka kacang/chia seeds. (Optional)

Caranya.

  1. Sediakan bekas yang sesuai dan masukkan oatmeal ke dalam bekas tersebut. Jika ada kacang/chia seeds, anda boleh masukkan sekali dengan oats.
  2. Buang biji kurma, potong kurma dan pisang hingga saiz menjadi kecil dan masukkan ke dalam bekas.
  3. Masukkan 1 cawan susu ke dalam bekas.
  4. Akhiri dengan topping buah beri di atas permukaan.
  5. Biarkan semalaman dan siap dinikmati keesokan hari.
Komen