Carian
Tips Cinta Jarak Jauh
January 27, 2021 Nursyafika

Tips Cinta Jarak Jauh

Cinta jarak jauh bukan lah semudah yang disangka kerana jarak yang memisahkan anda dan pasangan boleh menjadi sebab hubungan tidak berjaya. Di sini saya kongsikan tips untuk cinta jarak jauh. 

  1. Komunikasi. Setiap pasangan ada cara yang tersendiri untuk berkomunikasi. Beruntunglah kita berada di era moden di mana internet hanya di hujung jari. Pastikan anda berkomunikasi secara berkala tetapi tidak berlebihan.
  2. Mehamami pasangan anda. Jika anda masih belajar & sudah bekerja, cuba untuk memahami situasi pasangan anda serta bertolak ansur dengan kesibukan disebabkan bekerja dan menghadiri kuliah atau kelas. Hormati pasangan anda juga mempunyai jadual mereka sendiri.
  3. Kepercayaan. Kepercayaan sangat penting dalam hubungan bukan sahaja cinta jarak jauh tetapi secara umumnya. Jika anda  mempunyai masalah kepercayaan terhadap pasangan, hubungan tidak akan berkekalan atau bermasalah.
  4. Merancang aktiviti akan datang yang akan dilakukan bersama. Anda dan pasangan boleh menciptakan senarai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan.
  5. Kongsi hari anda dengan pasangan. Apa yang terjadi di tempat kerja dan jika anda mengharungi hari yang sukar, inilah masanya untuk meluahkan segalanya kepada pasangan.
  6. Sentiasa mengatakan cinta terhadap pasangan anda.
  7. Membuat kejutan daripada jauh mahupun dekat. Contohnya, menghadiahkan bunga atau makanan kegemaran menggunakan khidmat ‘delivery’ kepada pasangan anda.

Semoga hubungan jarak jauh anda kekal dan bahagia! 

Komen