Carian
Tips rutin harian untuk pelajar 
January 27, 2021 Nursyafika

Tips rutin harian untuk pelajar 

Rutin harian yang baik dan teratur adalah sangat penting kerana ianya asas yang sihat untuk mengharungi hari-hari bergelar pelajar. 

  1. Tidur. Tidur yang cukup selama 7-8 jam kerana tidur menyumbang fungsi memori untuk menukar memori jangka pendek kepada memori jangka panjang. Jadi, tidur yang cukup amat diperlukan untuk fungsi otak.
  2. Set alarm & bangun awal. Dengan alarm anda akan lebih berdisiplin untuk bangun dan anda akan mencapai circadian rhythm yang betul. Cirdadian rhythm adalah proses natural kitaran tidur-bangun di dalam masa 24 jam.
  3. Belajar di waktu subuh. Semasa saya berada di Universiti, waktu subuh adalah waktu terbaik untuk belajar dan mengulang kaji kerana saya boleh lebih fokus. Di waktu subuh juga saya dapati lebih mudah untuk menghafal, ingat dan memahami apa yang dipelajari.
  4. Sarapan. Sarapan yang sihat dan penuh nutrisi. Perut yang lapar boleh menganggu fokus dan tidak bertenaga. Ianya menganggu pembelajaran & menurunkan semangat untuk belajar.
  5. Bersenam. Cari masa untuk bersenam, pagi mahupun petang. Jika anda bersenam, anda akan tidur dengan lebih baik & mempunyai badan yang sihat.
  6. Jaga kebersihan. Jaga kebersihan diri dan persekitaran di bilik atau di luar. Persekitaran yang bersih adalah perlu untuk suasana belajar yang baik.
  7. Utamakan tugas anda. Senaraikan tugas tugas harian anda, dan utamakan tugas yang paling segera. Dengan senarai ini, hari anda akan lebih teratur.
  8. Berehat. Berehat ada pelbagai cara, boleh berehat dengan cara menonton drama ataupun berehat dengan hanya duduk dan biarkan fikiran anda mengembara.
Komen