Nursyafika Diterbitkan 28 January 2021

Makanan Sarawak Yang Anda Harus Cuba

Makanan Sarawak Yang Anda Harus Cuba

Laksa Sarawak adalah makanan tempatan Sarawak yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Ianya dimasak dengan kuah yang terdiri daripada belacan, lengkuas, serai, asam jawa, santan dan lain lain. Keistimewaan laksa Sarawak kerana ianya mempunya banyak hidangan sampingan seperti sambal belacan, udang, tauge, telur, ayam cincang dan daun ketumbar. Chef Selebriti Mendiang Anthony Bourdain mengatakan laksa Sarawak adalah antara 10 makanan kegemaran beliau.

Seperti laksa Sarawak, Mee Kolok juga sangat popular di Sarawak mahupun di semenanjung Malaysia. Mee kolok terdiri daripada mee telur, daging, tauge & sup daging.

Mee belacan antara makanan yang anda harus cuba jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru. Mee belacan terdiri daripada kuah yang dimasakkan dengan udang kering, belacan dan lain lain. Penggunaan telur padi menjadikan mee belacan lebih sedap dan unik. Seperti laksa Sarawak yang menggunakan bihun sebagai mee, begitu juga Mee belacan.

 

Linut adalah makanan yang selalu dinikmati oleh kaum etnik melanau di Sarawak. Namun, linut juga gemar dinikmati oleh semua masyarakat Sarawak. Linut terdiri daripada tepung sagu dan dimasakkan menggunakan air panas. Terdapat beberapa cara untuk menikmati linut seperti dihidangkan dengan lauk pauk contohnya lauk keladi ataupun dinikmati dengan sambal mangga.

 

Terung asam atau dikenali juga sebagai terung dayak merupakan sayur yang dinikmati oleh masyarakat Sarawak. Terung asam boleh di masak bersama ikan, sup sayur mahupun sambal terung asam bakar. 

 

Sayur midin goreng belacan merupakan lauk sayur yang popular di Sarawak. Sayur midin adalah sejenis sayur hijau dari kumpulan pucuk paku. 

Ikan terubok sering dijadikan buah tangan bagi sesiapa yang melawat Sarawak. Ikan terubok terdiri daripada terubok masin dan juga terubok segar. Telur ikan terubok masin juga sangat enak dinikmati bersama nasi goreng mahupun nasi putih. 

Kek lapis Sarawak yang popular lebih-lebih lagi di musim perayaan. Keunikan kek lapis Sarawak terdapat pada rupa dan coraknya yang berwarna-warni. Ianya mengambil masa yang lama untuk dimasak dan mempunyai banyak perisa yang sedap.