IF ONLY Restaurant, Taman U-Thant
IF Only yang terletak di Regal House, Taman U-Thant Kuala Lumpur terhias cantik dengan deko interior nya yang unik. If Only adalah tempat lepak yang sesuai dengan rakan-rakan mahupun menyambut hari istimewa.




Terdapat pelbagai jenis makanan yang anda boleh cuba di If Only. Antaranya, Creamy Curry Pasta ( RM 25) yang terdiri daripada curry infused cream sauce dan dihidangkan bersama ayam serta fettucine. Jika anda belum pernah mencuba pasta kari, anda harus mencubanya di sini!
Seterusnya, Bangers and Mash ( RM 28 ), terdiri daripada sosej ayam, onion rings, mashed potato dan gravy. Sesuai untuk anda yang meminati makanan barat.
Aglio Olio mushroom ( RM 30 ), selain mushroom anda juga boleh memilih ayam atau daging dan dihidangkan bersama telur separuh masak.
Vegetarian wrap beyond meat ( RM 28 ). Antara keistimewaan kafe ini adalah menyediakan makanan plant based dan vegetarian dari syarikat popular beyond meat.
Creamy garlic butter grilled salmon ( RM 33 ) dihidangkan bersama cauliflower rice. Saya syorkan anda untuk mencuba hidangan ini kerana ianya salah satu comfort food yang terdapat di kafe ini.
Minuman yang saya dan rakan cuba adalah Chrysanthemum lemonade ( RM 13 ) dan cappucino ( RM 12 ).
Saya syorkan anda untuk membuat tempahan dahulu jika mahu berkunjung ke kafe If Only.
Alamat: Ground floor, Regal House, 1, Jalan U Thant, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Instagram: @ifonlykl
For reservation: Whatsapp 0172882243