US Pizza Kembali Dengan Menu Terbaru – Indomie Pizza Rasa Ayam Geprek
Sebelum ini, US Pizza telahpun hadir dengan tawaran pizza dengan rasa istimewa iaitu Indomie Pizza.
Dan nampaknya, kali ini mereka menawarkan kembali menu pizza ini dengan rasa yang baru iaitu Pizza Mi Goreng Rasa Ayam Geprek.
Untuk hidangan ini, ia masih lagi menampilkan telur mata di bahagian tengah, dan disusun dengan lada merah disekelilingnya.
Dari segi tekstur, ia membawakan lapizan roti pizza dibawah, kemudian ditambah dengan mi segera di atasnya dan akhir sekali ditabur dengan daun bawang, potongan ayam lada hitam, bawang merah dan juga keju.
Bagi yang berminat, ia boleh didapati pada harga RM28 dan hadir untuk untuk tempoh masa yang terhad.
Malah, US. Pizza turut membawakan khusus bersempena hari pasangan yang bakal tiba. Pizza ini membenarkan anda pendapatkan satu pizza dengan dua rasa di atasnya.
Untuk set asas, anda boleh mendapatkannya pada harga RM32.88 dan set spesial lain pada harga RM58.88 dan RM88.88.
Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkannya melalui tempahan secara atas-talian atau kunjungi rangkaian US Pizza berdekatan dengan kawasan anda.
Layari: US Pizza