Muhammad Hanif Diterbitkan 14 February 2021

Lelaki dan perempuan berkawan baik?

Lelaki dan perempuan berkawan baik?

 

 

Pernah tak korang terfikir apa akan terjadi jika korang ada kawan baik yang berlainan jantina? Mesti ada di antara kita yang kawan baik dia berbeza jantina kan? Korang pastikan baca sampai habis ya. So dekat sini aku nak share pendapat dan pengalaman aku sendiri berkaitan isu ni. Apa yang aku boleh cakap dekat sini tak salah kalau korang ada kawan baik yg berlawanan jantina ni. Tapi bagi aku pula akan sampai satu tahap hubungan korang tu boleh berubah dari status kawan baik kepada berpasangan. Kalau korang dah selesa berkawan itu tandanya korang rasa selamat, dihargai dan sayang dengan hubungan tersebut. Jom aku share apakah fasa yang mungkin korang akan lalui sekiranya mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan kawan baik ni. 

Perasaan merupakan satu anugerah yang dikurniakan kepada setiap manusia di dalam dunia ini. Tanpa kita sedari perasaan juga tidak dapat dikawal oleh sesiapa. Aku percaya yang perasaan ini dikawal oleh yang satu. Berbalik kepada isu yang kita bincangkan, apabila hubungan korang semakin rapat korang semakin selesa untuk bercerita apa sahaja topik. Korang share pengalaman hidup, cerita yang buat korang happy, sedih dan semuanya lah senang cerita. Aku percaya hubungan yang rapat di antara laki dan perempuan ni boleh membawa kepada peringkat yang seterusnya. Apa yang aku maksudkan ialah mesti ada di antara korang yang akan jatuh cinta. Waktu demi waktu korang bina hubungan tu menjadi lebih seronok dan matang. Timbul satu saat rasa janggal dan pelik jika tidak berkomunikasi dalam seharian tu. 

Berdasarkan pengalaman aku, perempuan atau lelaki yang sudah rasa selesa lebih mudah untuk jatuh cinta. Perasaan selesa, mudah didampingi dan korang juga ada chemistry to each other membawa kepada peringkat yang aku boleh cakap untuk ke alam lebih dari seorang kawan. Perlu aku ingatkan bahawa setiap pertemuan itu telah dirancang oleh yang Maha Berkuasa. Oleh itu, apa pun yang berlaku setiap di antara korang haruslah jujur dengan apa yang dirasakan. Bincang serta nyatakan apakah yang terdapat di dalam isi hati korang. Ego merupakan pencetusnya setiap hubungan yang telah dibina lama hancur dengan begitu sahaja.  

Tidak perlulah untuk menyalahkan di antara satu sama lain jika timbul konflik. Malah perkara ini haruslah dibawa bincang kerana itu merupakan jalan yang terbaik. Apa yang aku rasa korang lebih baik berterus terang dengan matlamat yang diinginkan dalam perhubungan tersebut. Hubungan yang dibina di antara korang lebih penting dari segalanya. Fikirlah secara matang dan saling menghormati di antara satu sama lain. Setiap keputusan yang dibuat datang dengan cabaran yang tersendiri.

Suka untuk aku ingatkan ini adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman yang tersendiri. Aku harap informasi berkaitan hubungan ini dapat membuka mata dan menyedarkan generasi muda yang mempunyai hubungan sebagai sahabat rapat yang berbeza jantina ini sangatlah unik. Ia disebabkan gabungan cara pemikiran yang berbeza dan saling bertukar pendapat serta idea dari lelaki dan perempuan. Hargailah seseorang itu sebelum ianya terlambat. Itu sahaja bagi perkongsian hari ini. Terima kasih semua. Harap dapat berkongsi banyak lagi artikel yang lebih menarik.