Muhammad Hanif Diterbitkan 28 January 2021

Fakta menarik rumah tradisional Melayu

Fakta menarik rumah tradisional Melayu

Korang pernah tak terfikir yang sebenarnya senibina rumah tradisional melayu ni mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri disebabkan ciri ciri pembinaanya yang unik serta bahan bahan pembinaan yang berasaskan sumber alam. Jom aku nak bercerita dengan lebih mendalam untuk korang semua.

Bahan bahan pembinaan yang terdiri daripada sumber alam

Penggunaan atap nipah sebagai atap di rumah tradisional

Seperti yang korang pernah lihat sendiri, mostly rumah tradisional melayu ni banyak menggunakan sumber alam. Biar aku ambil contoh yang paling mudah. Kita boleh lihat sendiri yang daun nipah dijadikan sebagai atap untuk menghalang daripada air hujan masuk ke dalam rumah. Selain itu, ia juga digunakan sebagai penghalang untuk haba sinaran matahari dari terus masuk ke dalam rumah. Secara tidak langsung ia mempunyai dua fungsi yang tersendiri. Hebatnya orang dulu daun nipah ni merupakan antara bahan terbaik untuk mengekalkan suhu yang sejuk di dalam rumah tau. Ha hebatkan hanya menggunakan sumber alam je. Berbeza dengan zaman moden pada masa kini banyak menggunakan asbestos serta zink yang memberikan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Bukan tu je tau, malah haba yang diterima lebih panas. 

 

Rekabentuk senibina yang amat sesuai dengan alam persekitaran

Ruang atap yang luas mampu melambatkan proses pemidahan haba

Seterusnya aku nak kaitkan dengan rekabentuk rumah tradisional melayu pula. Kalau perasan kan kebiasaanya ketinggian di antara siling dan lantai rumah tradisional adalah amat berbeza dengan rumah moden. Secara kasarnya rumah tradisional ni mempunyai jarak yang lebih jauh di antara siling dan lantai rumah. Korang boleh teka tak sebab apa deme buat begini? ha jawapan dia mudah je sebab makin jauh jarak di antara siling dan lantai makin luas lah ruang. So bila ruang makin luas, haba yang dipancarkan oleh matahari untuk masuk ke dalam rumah lebih lambat. Ini membolehkan proses pemindahan haba ke dalam rumah menjadi lambat. Oleh itu, suhu yang sejuk boleh dikekalkan. 

 

Susun atur rumah yang bercorak terabur 

Susun atur rumah tradisional yang bersifat rawak

Selalunya orang akan berfikir apakah kelebihan susun atur rumah yang bercorak terabur ni? Okay aku nak share dengan korang apa yang menarik dekat sini. Apa yg kita oleh kaitkan dengan susun atur rumah ialah halaju angin yang bertiup. Bagi perumahan tradisional yang lebih bersifat rawak dalam susun atur mewujudkan halaju angin yg lebih laju tanpa sebarang halangan. Ini bertentangan dengan perumahan moden yang disusun atur lebih bersifat rigid. Keadaan ini membuatkan angin akan dihadang yang memperlahakan halaju angin yang bertiup tersebut.

 

tu sahaja yang aku aku nak kongsikan dengan korang semua. Aku harap serba sedikit dapat memberi maklumat yang bermanfaat. Sehingga berjumpa lagi okei. Yoshh!