Tips Mencuci Tudung Sutera – Elak Guna Pencuci Serbuk Untuk Kekal Lembut 

Tekstur untuk kain sutera adalah sangat lembut. Ia sering diasingkan kerana lebih sesuai untuk cucian tangan atau kering sahaja kerana. suhu panas yang melampau boleh menyebabkan kain sutera menjadi keras. Walau bagaimanapun, kini kebanyakan mesin sudah berupaya mengendalikan suhu rendah dan kitaran lembut.

Perkara yang paling utama yang akan merosakkan kain sutera anda adalah bahan pencuci kimia yang kuat, yang terdapat di dalam pencuci kebanyakan pencuci serbuk, peluntur dan pelembut kain.

Jadi untuk mengekalkan kelembutan tudung sutera anda, ikuti tips ini dan dapatkan hasil yang lebih memuaskan.

Untuk cucian tangan:

  1. Sediakan sabun cecair atau syampu bayi yang ringan dan tidak beralkali.
  2. Kemudian, letakkan sabun pada bahagian selendang yang kecil dan tidak ketara untuk memastikan bahan tersebut tidak akan mempengaruhi warna selendang.
  3. Rendam selendang dalam air suam dicampur dengan beberapa tetes sabun tidak lebih dari lima hingga tujuh minit. Anda boleh menggosok selendang dengan lembut pada masa ini.
  4. Bilas selendang dengan air bersih dan sejuk.

Untuk cucian mesin:

  1. Sementara untuk cucian menggunakan mesin, tetapkan suhu air dan guna jenis cucian yang lembut sahaja.
  2. Masukkan sabun tidak berakali seperti Sabun Pencuci Sutera Noor Arfa ke dalam bahagian sabun. Pastikan anda tidak rendam atau gunakan bahan pencuci secara langsung pada kain sutera.
  3. Jika tiada sabun tanpa alkali, anda masih boleh menggunakan sabun. pencuci biasa. Kemudian, masukkan cuka putih suling ke dalam air bilas. Ini akan meneutralkan jejak alkali, melarutkan sisa sabun dan akhirnya menjadikan sutera kekal lembut dan berkilat.
  4. Akhir sekali, bilas lagi tudung anda dalam kitaran yang pendek dan dengan bilas tambahan supaya semua sabun telahhabis dicuci dan dibersihkan.

Anda juga disarankan untuk tidak memasukkan tudung. sutera anda ke dalam pengering. Elakkan juga mengeringkan pakaian di kawasan yang panas melampau kerana boleh merosakkan warna kain.