Ini Adalah Aplikasi Mengurus Rumah – Memudahkan Agihan Tugas, Sesuai Untuk Yang Menyewa
Aplikasi membersih dan mengurus rumah adalah sangat penting bagi memastikan kebersihan rumah dan juga memudahkan aturan tugasan.
Lebih-lebih lagi anda yang duduk dan menyewa dengan orang luar. Sudah tentu pembahagian tugas perlu disenaraikan dengan baik agar tidak berlaku sebarang permasalahan.
Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi dengan anda aplikasi yang boleh membantu anda menyenaraikan tugasan secara harian ataupun mingguan. Melaluinya, anda boleh mengatur tugas-tugas pengemasan untuk hari itu, menyiapkan senarai semak untuk setiap bilik, selain turut memberikan notifikasi tugas kepada anggota isi rumah yang lain. Menarik bukan?
Cozi Family Organizer
Aplikasi Cozi hadir dengan fungsi yang variasi yang bertujuan untuk membantu anda menjaga kebersihan rumah dan dalam pada masa yang sama peka dengan tugasan harian anda.
Menerusinya, anda boleh membuat senarai tugas untuk setiap bahagian rumah. Kemudian meletakkan siapa yang bertugas untuk setiap kerja, selain menetapkan waktu untuk setiap tugas dan membuat tarikh akhir untuk bila tugas perlu diselesaikan.
Selain itu, anda juga boleh menyenaraikan barangan. dapur dan inventori yang perlu dibeli dan juga melihat resepi untuk masakan yang boleh disediakan sama ada untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Muat turun aplikasi Cozi di kedai aplikasi App Store dan juga Play Store
FamCal
Sama seperti Cozi, FamCal hadir dengan pelbagai ciri yang menarik bagi membantu pengurusan rumah dan juga interaksi antara ahli rumah.
Ia menyediakan kalendar, acara, tugas dan nota di satu tempat supaya anda dapat memastikan semua orang sentiasa peka dengan tugas masing-masing. Sebagai contoh, anda atau ahli rumah yang lain boleh menambah tugas dan menetapkan tarikh akhir setiap tugas harus diselesaikan.
Anda kemudian boleh menggunakan senarai tersebut untuk menyemak tugas dan mengemaskini senarai selepas menyelesaikannya.
Malah, anda juga boleh melihat aktiviti ahli rumah anda pada kalendar bagi memastikan keberadaan ataupun tugasan yang perlu mereka lakukan setiap hari.
Bagi yang berminat, muat turun aplikasi Cozi di kedai aplikasi App Store dan juga Play Store.
Sweepy – Home Cleaning Schedule
Berbeza dengan aplikasi sebelum ini, Sweepy memfokuskan kepada jadual kemas persendirian. Ia membantu anda membuat dan menyimpan jadual pembersihan untuk bilik anda.
Selain itu, anda juga boleh menambah jenis bilik dan senarai tugasan yang perlu dilakukan pada bilik tersebut. Sweepy akan mencadangkan dan memaparkan keadaan kebersihan semasa di setiap bilik. Untuk menambah pengguna lain, anda perlu melanggan versi Premium pada harga RM72.90 setahun.
Dari segi interaksi dan rekaan aplikasi, ia adalah lebih minimal dan mudah untuk diakses berbanding aplikasi yang lain. Muat turun aplikasi Sweepy di kedai aplikasi Play Store dan juga App Store.
OuHome
OurHome adalah aplikasi yang bagus untuk keluarga dan isi rumah yang besar. Menerusinya, anda hanya perlu tambah senarai tugasa dan tetapkan hadiah atau ganjaran yang ingin diberikan setelah menyiapkan tugasan.
Lebih menarik lagi, anda juga boleh melihat kemajuan secara menyeluruh, menambahkan item atau barangan ke inventori barang runcit serta mengirim mesej mengenai tugas kepada ahli rumah. Malah, untuk interaksi yang lebih seragam anda turut boleh menetapkan peringatan tugas ke setiap peranti berdaftar.
Bagi yang berminat, aplikasi OurHome boleh dimuat-turun pada peranti iOS dan Android.
________________________________________________________________________
Terdapat banyak lagi aplikasi pengurusan rumah yang boleh anda dapatkan di pasaran. Jika anda mempunyai cadangan lain, anda boleh kongsikan juga bersama pembaca Tajria. Semoga senarai aplikasi ini membantu anda menguruskan rumah dengan lebih baik selain memberikan kesan positif kepada komunikasi dalam kalangan ahli rumah.