Nursyafika Diterbitkan 29 January 2021

5 Kdrama yang akan membuat anda menangis!

5 Kdrama yang akan membuat anda menangis!

 

My Mister / My Ahjussi 

Kisah 3 adik-beradik lelaki dengan seorang wanita bernama Lee Ji An ( lakonan IU ) yang menjalani kehidupan yang sukar. Lee Ji An bekerja sambilan untuk menampung dirinya yang tinggal bersama neneknya yang bisu. 

Come And Hug Me

Do jin ( lakonan Jang Ki Yong ) adalah seorang detektif manakala Jae Yi ( lakonan Jin Ki Joo ) adalah seorang pelakon. Do Jin mengharungi zaman remaja yang sukar kerana bapanya adalah seorang pembunuh manakala Jae Yi menghadapi PTSD ( Post Traumatic Disorder ) setelah kedua ibu bapanya meninggal. 

It’s Okay Not To Be Okay 

Kdrama ini sangat popular pada tahun 2020 kerana lakonan oleh pelakon drama paling termahal iaitu Kim Soo Hyun sebagai Moon Gang Tae. Menceritakan kisah Moon Gang Tae menjaga abangnya Moon Sang Tae yang autism sejak lahir. Ko Moon Young ( lakonan Seo Yae Ji ) penulis buku kanak-kanak, seorang wanita yang sunyi dan mempunyai kisah silam yang pahit telah hadir ke dalam hidup Moon Gang Tae. 

Angel’s Last Mission : Love 

Lee Yeon-seo ( lakonan Shin Hye-sun) adalah balerina yang sangat berbakat dan berjaya dengan Fantasia Ballet Company keluarganya tetapi mengalami kemalangan dahsyat yang membuatnya buta. Kim Dan (Kim Myung-soo) adalah seorang malaikat yang optimis dan riang yang selalu menghadapi masalah. 

Reply 1988

Kdrama yang ada unsur komedi dan juga boleh membuat penonton menangis bersama. Sesiapa yang mahu mengenal erti kehidupan, kekeluargaan dan persahabatan wajib menonton kdrama ini. Kisah lima sekawan yang telah berkawan sejak mereka masih kecil. Mereka semua membesar bersama dan berjiran hingga hari ini. Keluarga mereka juga sangat rapat antara satu sama lain. Mereka selalu berkumpul di bilik Taek ( lakonan Park Bo Gum ) dan menghabiskan masa bersama.