Carian
Tahukah Anda Kenapa Lembu, Zirafah Tidur Berdiri?
January 29, 2021 Lina Rosli

Tahukah Anda Kenapa Lembu, Zirafah Tidur Berdiri?

Pernahkah anda melihat lembu ataupun kerbau di kampung anda sedang mengunyah makanan. Namun, apabila anda datang dekat, anda mendapati mereka sedang tidur dalam keadaan berdiri.

Hal ini sebenarnya tidak asing untuk kebanyakan haiwan berkaki empat dan berbadan besar. Jika anda menonton siri dokumentari di saluran National Geography atau Animal Planet, anda akan melihat yang mana sekumpulan gajah membuat satu bulatan yang besar ketika hendak tidur. 

Pernahkah anda tertanya, mengapa haiwan ini tidur berdiri? 

Jawapannya, antara faktor kenapa kebanyakan haiwan berbadan besar ini tidur berdiri adalah disebabkan haiwan besar mempunyai masa respons yang lebih perlahan berbanding haiwan kecil. 

tilt-shift photography of cattle lot

Sebagi contoh, apabila zirafah atau kuda belang sedang tidur dalam keadaan berdiri, mereka dilihat lebih mudah untuk berlari dan menginjak kaki jika diserang. Berbanding tidur duduk atau meneletang, risiko untuk mereka sukar untuk bangun dan dimakan pemangsa adalah lebih tinggi.

Selain itu, kaki lembu, kuda atau bahkan gajah mempunyai satu bahagian yang menahan mereka daripada lenguh akibat berdiri lama. Anggota badan mereka mengandungi tendon dan ligamen yang membolehkan haiwan itu tetap berdiri dengan usaha otot yang minimum. Oleh sebab itu, tidak menjadi masalah untuk mereka tidur tegak atau berdiri untuk tempoh yang lama.

Walau bagaimanapun, kebiasaannya jika mereka memerlukan tidur yang nyenyak, haiwan ini masih juga akan tidur dalam keadaan duduk atau baring. Untuk lembu, mereka boleh tidur dalam keadaaan berbaring sehingga 14 jam sehari.

three black and white Angus cattle on green grass during day

Semasa berbaring, ia akan merehatkan kakinya lembu dan memberi peluang untuk badan mereka kering. Malah ketika berbaring dan rehat juga, lembu lebih mudah untuk mencerna makanannya. Untuk lembu betina, duduk dan berehat. adalah penting untuk memastikan peredaran darah lebih lancar supaya membantu penghasilan susu kepada bayi lembu.

 

Komen