Mari cuba resepi kimchi mudah ini!
kimchi adalah makanan masyarakat korea penuh dengan khasiat dan kebaikkannya. Kimchi mengandungi probiotik natural baik untuk penghadaman. Ianya melalui proses fermentasi termasuk brining/salting yang bermaksud menggunakan garam untuk mengeluarkan air dari sayuran tersebut.
Saya sangat menyukai kimchi dan saya sentiasa memastikan saya mempunyai stok kimchi yang cukup. Semasa saya belajar di luar negara, kimchi tidak dapat didapati di negara tersebut jadi saya memutuskan untuk membuat kimchi saya sendiri dengan resepi yang diolah menjadi mudah. Mari cuba resepi kimchi mudah!

Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2kg Kubis cina / Napa cabbage
- 10-15 ulas bawang putih
- 1 ikat daun bawang
- 1 batang lobak merah
- 1 biji epal
- 5 sudu besar garam
- 4 sudu besar serbuk cili ( saya guna serbuk cili babas )
- 2 sudu besar gula
- 3 sudu besar sos ikan
Cara-caranya:
- Potong kubis cina mengikut cita rasa dan lumurkan garam ke seluruh kubis & biarkan sekurang-kurangnya 6 jam. Lebih baik jika semalaman.
- Potong lobak merah kepada bentuk mancis panjang, daun bawang mengikut cita rasa dan potong cincang bawang putih. Potong epal nipis-nipis.
- Setelah kubis dibiarkan selama sekurang-kurangnya 6 jam. Basuhkan kubis tersebut dan gaulkan kesemua sayur dan buah bersama.
- Gabungkan serbuk cili, sos ikan, gula bersama.
- Lumurkan gabungan serbuk cili ke dalam gabungan sayuran dan buah.
- Pastikan kesemua sayur dan buah telah dilumurkan sama rata
- Masukkan ke dalam balang kedap udara.
- Biarkan 1 hari di luar peti ais dan 2 hari di dalam peti ais untuk fermentasi.
- Setelah 3 hari, kimchi anda boleh dinikmati!
Selain kubis cina, anda juga boleh menggantikan dengan lobak putih atau timun untuk membuat kimchi. Jika anda suka kimchi yang pedas, anda boleh menambah serbuk cili. Selamat mencuba!