Birch, DC Mall Damansara
Restoran Birch yang terletak di DC Mall, Damansara salah satu tempat lepak yang cozy dan dihiasi interior dalaman berteraskan tumbuhan hijau yang instagrammable. Pencahayaan natural datang dari luar kerana Birch terdiri daripada dinding kaca.
Makanan ditawarkan di Birch juga tidak kurang hebatnya, mereka menawarkan makanan lokal dan juga makanan fusion cuisine gabungan dari luar. Menu Birch juga berlainan pada hari bekerja dan hujung minggu.



Menu yang wajib anda cuba jika berkunjung di Birch adalah Birch Benedict ( RM 26 ). Keistimewaan hollandaise sauce serta roti sourdough dan telur benedict.
Seterusnya, Kimchi Fried Rice & Soft Shell Crab ( RM30 ) sesuai untuk sesiapa meminati makanan Korea. Saiz hidangannya juga besar besar, berbaloi dengan harga.
Hawaiian Poke Bowl ( RM 30 ) terdiri daripada salmon, avocado, sayur segar/salad, nasi sushi dan bijan. Menu ini sesuai untuk sesiapa yang mengidam makanan yang fresh, ianya memuaskan dan mengenyangkan kerana saiz hidangan yang besar.
Chicken Mushroom and Leek Pie ( RM 26 ) sesuai untuk sesiapa yang mempunyai deria rasa barat.
Minuman yang kami pesan adalah teh berharga dalam lingkungan RM 9-RM 11, Fresh Juices ( RM 12-RM15 ) dan Picollo Latte ( RM 10 ).
Birch agak sibuk pada hujung minggu dan waktu makan tengahari jadi saya sarankan untuk menempah terlebih dahulu.
Alamat: Ground Floor Jalan Damanlela Lot G10/11 Damansara City Mall, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Website: birch.com.my