Pengalaman sebagai seorang pelajar di bumi soviet.
Pada Oktober 2014, saya menaiki pesawat Singapore Airlines menuju ke bumi soviet, Rusia dan di situ saya belajar bagaimana untuk survive di negara luar. Volgograd, Rusia adalah rumah kedua saya selama 6 tahun belajar di sana. Sepanjang 6 tahun, pelbagai kenangan manis telah saya lalui bersama rakan-rakan yang menjadi tempat saya bergantung.
Russia mempunyai 4 musim tapi musim sejuk yang extreme boleh mencecah sehingga -36 darjah selsius dan ianya sangat mencabar bagi rakyat Malaysia seperti saya. Saya masih ingat pertama kali saya melalui musim sejuk iaitu pada tahun 2014/2015. Saya sangat terkejut dengan kesejukan melampau sehingga membuatkan tangan saya merekah dan luka kerana kesejukan. Jalan yang licin kerana salji telah membeku juga salah satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan kerana harus berjalan seperti penguin! Jatuh ketika berjalan perkara biasa kerana baju sejuk yang tebal mampu melindungi ketika jatuh. Musim sejuk hanya 3 bulan iaitu disember, januari dan februari tetapi cuaca sejuk di Russia berkekalan dari oktober sehingga april.
MAKANAN halal sangat sukar dicari jadi kami banyak memasak sendiri. Pada awalnya saya tidak tahu memasak langsung tapi disebabkan saya terpaksa memasak kerana tiada makanan yang siap boleh dibeli, saya belajar dengan ibu melalui video call. Ada sesetengah restoran menawarkan makanan laut dan vegetarian, jadi selalunya jika terlalu sibuk untuk memasak kami akan makan di luar di restoran tersebut. Kedai restoran halal juga mula wujud secara perlahan. Makanan yang saya tidak dapat lupakan ialah blini iaitu pancake seperti crepe dan juga salad-salad masyarakat Rusia.