Kenapa Tayar Hadir Dengan Warna Hitam, Bukannya Biru Atau Merah?

Penciptaan roda dan tayar sememangnya banyak memberikan kemudahan kepada kita. Lebih-lebih lagi untuk pergerakan kereta dan kenderaan yang lain yang mana memudahkan anda untuk bergerak lebih lancar dan laju. Selain digunakan pada kenderaan, anda juga boleh melihat pengunaan roda ini pada mesin-mesin di kebanyakan kilang.

Bercerita mengenai tayar lagi, pernahkah anda terfikir mengapa tayar diciptakan dengan warna hitam? Padahal, sewaktu cecair getah mula-mula keluar dari pokok, ia berwarna putih susu.

Mengapa Tayar Berwarna Hitam?

Untuk pengetahuan anda, sebatian yang dicampurkan dalam tayar menjadi sebab mengapa tayar berwarna hitam. Karbon hitam ditambahkan ke getah sebagai sebatian kimia penstabil dan menjadikan tayar hitam. Penambahan karbon hitam pada getah meningkatkan daya tahan dan kekuatan tayar dan memberi kesan kepada warnanya.

piles of car tires

Kebanyakan tayar memerlukan ketahanan yang lebih padu kerana penggunaannya yang lasak. Oleh itu, karbon adalah bahan tambahan penting pada tayar kerana dapat memperpanjang jangka hayat tayar dengan mengalirkan haba panas dari bahagian-bahagian kereta yang cenderung menjadi sangat panas sewaktu pemanduan.

Seperti kebanyakan getah yang lain juga, tayar juga mempunyai sifat merekah apabila mempunyai haba yang tinggi. Oleh sebab itu, karbon turut digunakan bagi melindungi tayar dari kesan kerosakan sinar UV dan juga ketahanan sewaktu menggunakan di atas jalanraya yang panas.

Salah satu sebab karbon digunakan pada tayar juga adalah kerana tayar memerlukan cengkaman yang kuat sewaktu pemanduan. Karbon hitam yang digunakan dalam membuat tapak berupaya mengurangkan kemerosotan pada tapak tayar seperti haus dan rosak. 

Mengapa tayar tidak berwarna biru atau merah? Jawapannya adalah pewarnaan biru pada tayar adalah membawa tanda bahawa minyak dalam tayar telah naik ke permukaan getah. Oleh sebab itu, tayar tidak hadir dengan warna biru kerana ia bagi memberi peringatan kepada pemilik kenderaan jika terlihat warna biru, tayar anda mungkin perlu diganti atau dirujuk kepada pakar tayar. 

Walau bagaimanapun, Bergerak ke hadapan, terdapat beberapa syarikat tayar telah mula mengeluarkan tayar dengan benang getah berwarna. Antaranya Comar Tire & Rubber Industrial Co. Ltd. iaitu sebuah jenama tayar dari utara China yang akan menghasilkan tayar berwarna dalam pelbagai jenis pelangi.

Sumber: MentalFloss, Tyre n Service