Beep – Aplikasi Penghantaran Makanan Dengan Tawaran Pulangan Tunai
Bagi anda yang gemar memesan makanan melalui aplikasi atas-talian seperti FoodPanda, GrabFood, DahMakan dan berbagai yang lain, mungkin anda juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memulakan pesanan makanan anda melalui Beep.
Beep adalah sebuah aplikasi penghantaran makanan yang dibawakan oleh StoreHub. Menerusi Beep, ia memudahkan akses anda kepada perniagaan perkhidmatan seperti kedai runcit, restoran dan juga kedai makan yang anda inginkan.
Melalui Beep, anda hanya perlu memilih kedai dan membuat pesanan hidangan yang anda ingin nikmakti. Untuk membuat pembayaran, Beep menawarkan kaedah pembayaran menggunakan kad debit atau kredit, pembayaran bank secara atas-talian, Touch ‘n Go eWallet, Boost dan juga GrabPay.
Menurut StoreHub, aplikasi ini hadir dengan ciri Beep Cashback yang mana sebuah program kesetiaan yang disediakan kepada pelanggan menggunakan sistem POS bersepadu mereka dan dijana secara automatik.
Untuk mendapatkan pulangan tunai, anda boleh melakukan pembelian dan terima resit dengan kod QR. Kemudian, imbas kod QR dan memasukkan nombor telefon bimbit bagi mendapatkan pulangan tunai yang boleh digunakan pada transaksi seterusnya.
Ciri-ciri ini diperkenalkan bagi membantu peniaga kecil dan lokal untuk meningkatkan operasi bisnes, melancarkan perkhidmatan dan juga meningkatkan penjualan harian.
Bagi yang berminat, anda boleh memuat turun aplikasi Beep di kedai aplikasi App Store dan juga Play Store bermula hari ini. Pesan makanan anda dan nikmasti ganjaran di Beep untuk setiap transaksi!