Scarcity Mindset – 3 Pemikiran Yang Perlu Anda Elak Sebagai Usahawan
Sering kita lihat kejayaan para usahawan dari seluruh dunia. Tidak kira dalam bidang kosmetik, mahupun peruncitan, ia seharusnya dijadikan satu titik permulaan untuk anda turut bersama-sama memperoleh kejayaan yang membanggakan di dalam perjalanan kerjaya anda.
Tahukah anda, semua kejayaan ini semuanya bermula daripada mindset ataupun pola fikir anda yang membawa kepada perubahan dan juga penentuan dalam mengembangkan sesuatu idea dan juga matlamat.
Scarcity Atau Abundance Mindset?
Terdapat dua kumpulan pola fikir, iaitu Scarcity (kekurangan) dan juga Abundance (kelimpahan).
Kedua-duanya akan membawa kepada dua perjalanan yang berbeza dalam proses perkembangan syarikat atau perniagaan anda.
Scarcity Mindset adalah sebuah pola fikiran yang merujuk kepada pemikiran dengan had. Apabila seseorang individu hadir dengan pola fikiran seperti ini, ia akan menjadikan sesuatu idea menjadi terhad dan tertumpu pada satu perspektif sekaligus menjadikan ia sukar untuk dikembangkan apabila berlaku sesuatu isu di dalam perniagaan
Abundance Mindset pula merujuk kepada yang bersedia untuk berubah dan cenderung untuk berfikir dengan pantas, mudah dan menyeluruh. Di samping itu juga, individu turut akan menjadi lebih bersedia untuk menghadapi dan menyelesaikan cabaran yang ditimpa.
Mengapa Pola Fikir Scarcity Buruk Untuk Janaan Idea?
Sebagai seorang usahawan atau individu yang ingin membawa perubahan dalam sesuatu industri, pola fikiran scarcity ini bukan sahaja akan mengehadkan pertumbuhan idea anda malah ia juga turut memberi impak kepada sesuatu keputusan yang anda lakukan.
Hal ini kerana, kadar kebergantungan anda kepada sesuatu sumber dan juga maklumat adalah terlalu tinggi sehingga menjadikan anda terlalu tertumpu kepada satu perspektif sahaja di dalam melaksanakan sesuatu tindakan.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda perlu mengubah corak pemikiran scarcity kepada abundance:
Usahawan Perlu Bersifat Lebih Terbuka
Pertama sekali, kebiasaannya individu dengan pola fikir scarcity ini cenderung untuk melihat semua benda hanya pada satu sudut. Contohnya, anda akan melihat keputusan anda akan menjurus kepada sama ada menang atau kalah, betul atau salah, ataupun berjaya atau gagal.
Ia berkait rapat dengan teori Zero-sum iaitu satu teori permainan di mana keuntungan seseorang setara dengan kerugian orang lain sehingga mengakibatkan perubahan kejayaan atau keuntungan menjadi sifar.
Corak pemikiran ini biasanya dipengaruhi oleh cara mereka melihat sesuatu proses dilakukan. Anda akan merasakan kegagalan anda berkait rapat dengan kejayaan orang lain. Contohnya, jika anda tidak berjaya di dalam pelaburan, anda merasakan ia disebabkan syarikat anda masih baru dan tiada pengalaman. Sementara syarikat lain yang lebih besar dan mempunyai kepakaran mudah untuk mendapatkan pelaburan.
Tidak Mudah Terkesan Dengan Kegagalan
Secara umum, segelintir individu merasakan apabila perkara tidak berlaku seperti yang dirancang, ia akan meruntuhkan semangat untuk bangkit. Kegagalan ini mungkin disebabkan oleh dorongan, keinginan yang tidak realistik. Namun, sebagai usahawan anda tidak lari dalam melakukan kesilapan.
Jadi, apabila berlaku sedemikian anda seharusnya menjadikan kesilapan tersebut sebagai satu kaedah pembelajaran yang akan membawa kepada kejayaan.
Sebagai contoh, Covid-19 yang melanda seluruh negara telah menjadikan beberapa sektor ekonomi menjadi terjejas. Limitasi untuk sesuatu operasi menjadikan kebanyakan peniaga mula pivot atau berubah kepada kaedah pengurusan perniagaan yang baru.
Lihat Kejayaan Pesaing Sebagai Peluang
Individu dengan pola fikir scarcity akan melihat sumber, kemampuan dan peluang ditawarkan secara tidak adil pada mereka. Mereka cenderung untuk melihat diri sebagai mangsa dan menjadi punca mengapa mereka tidak berjaya. Mereka juga merasakan jika mereka mendapat peluang yang sama, semestinya mereka tidak berasa ketinggalan dan dapat berdiri sama dengan para pesaing yang lain.
Hakikatnya, seorang usahawan perlu menjadikan kejayaan pesaing sebagai satu peluang dan pencetus semangat untuk bergerak dan berkembang dengan lebih baik. Lakukan sesi brainstorming dan bincangkan cara bagaimana untuk meraih kejayaan dengan cara dan kaedah yang baru dan sama-sama menjadikan ekosistem perniagaan lebih baik dan berkembang pada masa akan datang.
________________________________________________________________________
Kesimpulannya di sini, kehidupan umpama dalam satu kotak yang mana perlu diterokai. Pastikan anda tidak hanya melihat apa yang berlaku di dalam kotak sahaja. Luaskan pandangan dan fikiran anda supaya berjaya merebut peluang yang berada di luar kotak.