Title…
Apakah Perbezaan Untuk Dua Mentaliti Ini?
Untuk mengetahui perbezaan mentaliti ini, kita akan melihat dari tiga sudut iaitu keuntungan, perkembangan atau peluang dan juga kesinambungan:
Zero-Sum vs Pertumbuhan Pesat (Zero-sum vs Exponentials)
Pertama sekali, kebiasaannya individu dengan pola fikir kekurangan ini cenderung untuk melihat semua benda hanya pada satu sudut. Sebagai contoh, menang atau kalah, betul atau salah, ataupun berjaya atau gagal.
Zero-sum adalah satu teori permainan di mana keuntungan seseorang setara dengan kerugian orang lain yang mengakibatkan perubahan kekayaan atau keuntungan bersih adalah sifar. Maksudnya di sini, corak pemikiran ini biasanya dipengaruhi oleh cara mereka melihat sesuatu proses dilakukan. Yang mana jika mereka tidak mendapat sesuatu, contohnya tidak berjaya di dalam pelaburan, ia mungkin disebabkan tiada pengalaman menjadikan ia gagal ataupun, syarikat lain mempunyai kepakaran pelaburan yang tinggi yang menyebabkan mereka berjaya dan anda gagal. Walhal hakikatnya, tidak mendapat pelaburan bukanlah ukuran sesuatu kejayaan.
Sementara individu dengan pemikiran yang berkembang atau eksponen lebih cenderung melihat tools, sistem ataupun rangkaian yang baru untuk memperluaskan idea mereka dan tidak tertumpu kepada pelaburan. Ia akan ambil langkah yang besar untuk merebut peluang yang ditampilkan dari pelbagai perpekstif seperti permintaan produk yang tinggi memerlukan anda untuk mempercepatkan produksi barang dan juga mengurus rantaian pengeluaran agar lebih efektif.
Penyusutan vs Penambahan Peluang (Depletion vs Ingenuity)
Konteks penyusutan ini dilihat secara umum yang mana individu sering menghadapi dorongan, keinginan yang tidak realistik. Apabila keinginan itu tidak dicapai, ia menjadi sukar untuk mereka mengurus dan mengawal emosi diri sehingga menyebabkan kesan buruk dan juga tidak dapat melakukan pengendalian yang baik pada tugas berikutnya.
Manakala, individu dengan pola fikir kelimpahan ini akan melihat masalah atau isu yang berlaku sebagai penambahan peluang. Sebagai contoh, Covid-19 yang melanda seluruh negara telah menjadikan beberapa sektor ekonomi menjadi terjejas. Limitasi untuk sesuatu operasi menjadikan kebanyakan peniaga mula pivot atau berubah kepada kaedah pengurusan perniagaan yang baru.
Masalah ini dijadikan sebagai titik untuk mereka mula berubah dari kedai fizikal kepada kedai atas-talian yang mana jika sebelum ini sumber pendapatan mungkin hanya fokus pada kawasan setempat, namun apabila mencuba perniagaan secara atas-talian, perniagaan anda dapat meluaskan lagi kadar capaian ke kawasan yang lain.
Tidak adil vs Kemampuan Untuk Berkembang (Unfairness vs Opportunity)
Individu dengan pola fikir kekurangan melihat sumber, kemampuan dan peluang ditawarkan secara tidak adil pada mereka. Mereka cenderung untuk melihat diri anda sebagai mangsa dan menjadi punca mengapa mereka tidak berjaya. Mereka juga merasakan jika mereka mendapat peluang yang sama, semestinya mereka tidak berasa ketinggalan dan dapat berdiri sama dengan para pesaing yang lain.
Namun, untuk individu dengan pola fikir yang kelimpahan, mereka akan melihat ia sebagai satu peluang dan pencetus semangat untuk mereka buat dengan lebih baik. Mereka akan memikirkan cara bagaimana untuk meraih kejayaan dengan cara dan kaedah yang baru dan sama-sama menjadikan ekosistem perniagaan lebih baik dan berkembang pada masa akan datang.