Adakah Makanan Sejuk Beku Tahan Lama Selagi Ia Dibekukan?
Apabila membeli makanan sejuk beku, kita cenderung untuk terlupa dan juga membiarkannya terlalu lama di peti sejuk. Kadangkala, ia dibiarkan sehingga sudah melebihi tarikh luput.
Persoalannya di sini, adakah makanan tersebut masih di dalam keadaan baik dn masih lagi boleh dimakan?
Secara umumnya, makanan sejuk beku selamat untuk dimakan kerana bakteria tidak akan tumbuh. Namun, lama-kelamaan kualiti makanan sejuk beku akan merosot dan menjadi tidak enak dimakan apabila dicairkan.
Selain itu, tempoh penyimpanan untuk setiap makanan juga berbeza. Ia bergantung pada jenis makanan dan jenis penyejuk beku yang anda miliki.
Tahukah anda, peti sejuk beku anda memainkan peranan yang penting dalam memastikan makanan yang disimpan adalah selamat dan baik untuk dimakan?
Jenis Peti Sejuk Beku Dan Tempoh Penyimpanan
Mengetahui suhu peti sejuk beku anda adalah penting untuk menentukan berapa lama anda dapat menyimpan makanan beku dengan selamat.
- Suhu pembeku sekitar -6 ° c, makanan boleh disimpan selama 1 minggu.
- Suhu pembeku sekitar -12 ° c, makanan boleh disimpan selama 1 bulan.
- Suhu pembeku -18 ° c, makanan boleh disimpan selama 3 bulan.
- Suhu pembeku ialah -18 ° c, makanan boleh disimpan selama 3 bulan atau lebih lama.
Tempoh Penyimpanan Makanan Yang Dicadangkan
Kebanyakan sayur-sayuran mampu bertahan kira-kira 3 bulan hingga setahun. Sebagai contoh:
- Tomato – 3 hingga 4 bulan
- Cili dan lada – 3 hingga 4 bulan
- Brokoli – 1 tahun
- Lobak merah – 1 tahun
- Kobis bunga – 1 tahun
- Asparagus – 1 tahun
- Sayur dalam tin – 1 tahun
Daging
Daging mempunyai tempoh kesegaran antara 2 bulan hingga setahun, bergantung kepada jenisnya. Pastikan anda membuang dan membersihkan lemak pada daging sebelum menyimpannya kerana mengakibatkan daging menjadi liat dan keras jika ia dibekukan.
Makanan Laut
Ikan dan kerang-kerangan (shellfish) boleh bertahan antara 2 hingga 6 bulan.
- Ketam – 2 hingga 3 bulan
- Udang karang – 2 hingga 3 bulan
- Ikan kembung, salmon, atau ikan lain yang berlemak – 3 bulan
- Kerang, kupang, kepah atau lain-lain yang kulit keras – 3 bulan
- Udang – 4 bulan
- Sotong – 4 bulan
- Ikan putih – 6 bulan
Manakala untuk kebanyakan makanan bungkusan sejuk beku seperti nugget, sosej ataupun daging burger, anda perlu melihat pada plastik pembungkusan untuk mendapatkan panduan mengenai berapa lama makanan dapat disimpan.