Carian
Tahukah Anda, Ribut Petir Berlaku Berapa Kali Sehari?
February 3, 2021 Lina Rosli

Tahukah Anda, Ribut Petir Berlaku Berapa Kali Sehari?

Ribut pertir biasanya berlaku sama ada sebelum hujan. Ia biasanya berlakunya dalam masa yang singkat iaitu sekitar 30 minit sebelum hujan.

Apabila berlaku ribut petir, anda akan melihat perubahan struktur dan cuaca berlaku secara mendadak. Dan kebiasaannya, ribut petir hadir dengan tanda yang jelas seperti kelihatan pembentukan awan yang tebal, langit menjadi gelap selain berlakunya kilat di langit.

high rise buildings

Jadi secara umumnya, anda akan melihat ribut petir hanya sewaktu berlaku hujan sahaja. Jika diteliti, setiap hari pastinya akan berlaku fenomena ribut petir di setiap kawasan di serata dunia.

Untuk pengetahuan anda, waktu yang paling kerap berlakunya ribut petir adalah sewaktu matahari hendak terbenam iaitu pada waktu petang dan senja untuk di daratan. Sementara di lautan, ia berlaku pada sebelah malam.

Namun, tahukah anda berapa kerap atau berapa banyak kali berlakunya ribut petir dalam masa sehari?

Ribut petir berlaku sekitar 1,800 kali sehari

Namun, mengikut data dari Jabatan Cuaca Dunia, dianggarkan terdapat sebanyak 14.6 juta kejadian ribut petir setiap tahun di seluruh dunia. Ia bersamaan dengan 40,000 kejadian ribut petir untuk setiap hari.

thunderstorm with dark clouds

Sementara, pada waktu tertentu, untuk 1,000 ribut petir yang berlaku di Bumi, ia akan menyebabkan sekitar 6,000 kilat untuk setiap minit.

Menurut Jabatan Metreologi Malaysia, ribut petir dilihat boleh berlaku sepanjang tahun. Namun, dalam tempoh setahun itu, fenomena ini paling kerap berlaku sekitar bulan monsun iaitu antara April hingga Mei dan juga Oktober hingga November.

Di Malaysia, Subang merekodkan mengalami jumlah ribut petir paling tinggi diikuti oleh Bayan Lepas dan juga Kluang.

Tips Jika Berlaku Ribut Petir

Jika berlaku ribut petir, perkara utama yang perlu anda lakukan adalah:

  1. Masuk ke dalam rumah. Cari bangunan yang kukuh untuk berlindung.
  2. Sekiranya anda telah berada di dalam rumah, elakkan mengalirkan air atau menggunakan telefon rumah. Elektrik boleh bergerak melalui saluran paip dan telefon. Jangan basuh tangan anda dengan sabun dan air. 
  3. Cabut plug peralatan dan peranti elektrik lain.
  4. Jika berada di luar, cari dan masuk di dalam kereta. Elakkan daripada menyentuh logam.
  5. Anda juga disarankan untuk mendapatkan dan membeli penebat elektrik untuk perkakas dan alat elektronik anda.

Sumber: Live Science

Komen