Carian
Asal Usul Emoji – Ada Beza Ke Emoji Dan Emoticon? 
February 3, 2021 Lina Rosli

Asal Usul Emoji – Ada Beza Ke Emoji Dan Emoticon? 

Jika anda perasan, balasan atau komunikasi menerusi aplikasi permesejan tanpa meletakkan emoji dan emoticon tanpa bosan dan tidak beremosi.

Pastinya, anda tidak mengetahui perasaan apakah yang sebenarnya ingin disampaikan menerusi mesej tersebut.

black and yellow smartphone case

Adakah ia kelakar? Sedih? Marah? Ataupun teruja?

Oleh itu, dengan adanya emoji dan emoticon ini, di sebalik satu visual, ia telah meringkaskan dan menampilkan perasaan yang anda ingin sampaikan kepada si penerima.

Bercerita mengenai emoji ini lagi, tahukah anda siapakah yang pertama mencipta visual emosi ini? Dan bagaimana ia mula diperluaskan di dalam arena permesejan?

Asal Usul Emoji 

Penggunaan tipografi khas telah hadir sewaktu zaman penulisan dahulu lagi iaitu sekitar tahun 1881 iaitu pada majalah Puck. Ia memperlihatkan empat proto-emoji yang terdiri dari titik dua bertindih, tanda hubung dan tanda kurung (🙂). Yang mana tanda ini menyerupai emoji yang kita lihat sewaktu membalas mesej menerusi telefon bimbit pada awal tahun 2000-an dahulu.

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa Abraham Lincoln pernah digelar bapa emoji kerana transkripsi ucapannya pada tahun 1862, yang menampilkan senyuman yang dengan satu mata kedip (😉).

Walau bagaimanapun, emoji dan emoticon ini dilihat telah digunakan meluas sewaktu awal 1982 iaitu dicipta oleh Profesor Scott Fahlman. Beliau merupakan seorang pensyarah dari Universiti Carnegie Mellon di Pittsburgh. 

Penggunaan emoticon ini digunakan beliau sewaktu menghantar emel di papan buletin pada September 1982. Melalui emel tersebut, beliau menyatakan tanda 🙂 bermaksud jenaka manakala untuk tanda 🙁 pula menandakan ia tidak menyukainya.

Manakah Yang Datang Dahulu;  Emoji Atau Emoticon?

Sebenarnya, emoticon dan emoji hampir sama. Emoji adalah perkataan Jepun yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “e” untuk “gambar” dan “moji” untuk “watak.”

Pada tahun 1998, Shigetaka Kurita telah mencipta emoji. Beliau pada ketika itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi NTT DoCoMo. Menurut Kurita, idea emoji ini sebenarnya diinspirasikan menerusi komik Jepun (manga) dan watak-watak Cina logografi yang digunakan dalam sistem tulisan Jepun moden.

“In creating emoji, I found inspiration in pictograms, manga, and all sorts of other sources. – Shigetaka Kurita, CNN Style

Set emoji yang pertama mengandungi 176 gambar dengan resolusi 12 pixel. Ia hadir dengan gambaran yang menyatakan emosi seperti cuaca, makanan, minuman, perasaan dan banyak lagi.

Jadi adakah emoji atau emoticon datang dahulu? Jawapannya adalah emoticon. Apa yang membezakan emoji dan emoticon adalah, emoji merupakan visual emosi digubah menjadikan satu elemen sebenar. Sementara emoticon pula adalah kombinasi abjad pada papan kekunci yang digunakan untuk menyampaikan perasaan atau nada sesuatu ayat.

Bagaimana Penggunaan Emoji Mula Berkembang?

Gelombang emoji berkembang apa sekitar tahun 2010. Pada waktu itu, Unicode hadir dengan keluaran pertama dokumentasi emoji 1.0 yang merangkumi emoji seperti :

😀 Muka Tersenyum
😃 Tersenyum Wajah dengan Mata Besar
😄 Tersenyum Wajah dengan Mata Tersenyum
😁 Wajah Berseri dengan Mata Tersenyum
😅 Tersenyum Dengan Peluh
😂 Muka Dengan Air Mata Kegembiraan
🙂 Wajah Tersenyum Sedikit

Populariti emoji dilihat meluas dengan sangat pantas apabila Unicode mengeluarkan standard universal untuk komunikasi elektronik berasaskan watak. Ia kini digunakan oleh kebanyakan syarikat teknologi seperti Microsoft, Google, Twitter, dan Facebook.

Sebelum itu, Apple pada tahun sekitar 1997 telahpun hadir dengan set emoji pada sistem iOS mereka. Set emoji ini telah berevolusi bermula dari emoji SoftBank 1997 sehingga ke yang terkini. iaitu 2018.

Sumber: Emojipedia, SoftBank 1997, 2001, 2004, 2008; Apple 2008, 2018.

Dan yang terbaru, Apple turut hadir dengan penawaran avatar yang dikenali sebagai Memoji pada tahun 2020 yang lalu. Memoji adalah animoji yang diperibadikan yang mana ia dicipta seakan sama dengan watak dan rupa anda. 

space gray iPhone 6

Sumber: Emojipedia, Magenta, KidsCodec

Komen