Ini Adalah 5 Reaksi Badan Yang Berlaku Sewaktu Menangis
Tahukah anda, menangis sebenarnya membawa maksud dan emosi yang berlainan? Ia boleh hadir di saat sedih, gembira, terluka, girang, marah dan banyak lagi.
Para penyelidik mengatakan air mata ini sebenarnya dipicu oleh pelbagai perasaan dan juga bertindak sebagai isyarat yang boleh dilihat oleh orang lain. Mengapa? Contohnya, apabila anda berasa kesal akan sesuatu, ia memberi isyarat kepada diri sendiri dan orang lain bahawa perkara yang berlaku mungkin melebihi kemampuan anda untuk mengatasi.
Secara umumnya, jenis air mata yang kita lepaskan merupakan tindak balas terhadap emosi yang melampau, iaitu air mata psikik. Selain itu, terdapat juga dua jenis tangisan atau air mata yang lain yang. dinamakan basal dan refleks yang mana ia berfungsi untuk pelincir dan membersihkan mata.
Pernahkah anda perasan apa yang berlaku pada tubuh badan anda sewaktu menangis? Sebenarnya, di saat menangis anggota tubuh yang lain memberi reaksi dan bantuan yang mungkin anda tidak sedar.
Selain Air Mata, Air Hidung Turut Keluar
Ini adalah perkara yang sering terjadi sewaktu menangis, iaitu hingus atau air hidung. Apabila anda menangis, sistem saraf anda mendapat petunjuk dari emosi. Kemudian, sistem lakrimal anda bergerak dan mengalirkan air mata.
Dalam pada masa yang sama, kelenjar lakrimal terletak di antara penutup mata dan bola mata anda. Apabila anda berkedip secara refleks, kelopak mata anda menyebarkan air mata jatuh ke seluruh mata anda dan mengalirkannya ke saluran yang mengalir ke hidung.
Muka Menjadi Merah
Semasa kita menangis, kelenjar lakrimal akan menghasilkan cecair mata yang banyak. Apabila berlaku sedemikian, badan akan memberi reaksi bahawa berlaku sesuatu di luar normal pada bahagian mata dan sekaligus meningkatkan aliran darah ke mata.
Lebih banyak darah mengalir ke seluruh kawasan muka akan menyebabkan muka. menjadi tegang, merah, bengkak seiring dengan reaksi fisiologi yang sama dengan “Fight or Flight”.
Otot Badan Menjadi Tegang
Ia adalah disebabkan faktor tekanan yang menyebabkan ketegangan otot. Kajian mendapati bahawa air mata emosi mengandungi tahap hormon tekanan yang lebih tinggi berbanding air mata basal ataupun air mata refleks.
Tekanan ini meningkatkan ketegangan otot di saat menangis dan kemudian mengaktifkan sistem saraf parasimpatis dan mengembalikan badan ke keadaan yang normal.
Badan Akan Berpeluh Dan Jantung Berdegup Kencang
Air mata ini sebenarnya mengandungi ubat penahan sakit semula jadi yang dinamakan leucine enkephalin. Namun bergerak selari dengan tangisan, ia juga hadir dalam meningkatkan degupan jantung serta membuat anda berpeluh.
Dalam pada waktu yang sama, pernafasan anda menjadi perlahan dan untuk sesetengah kes, anda akan merasakan terdapat benjolan di kerongkong anda.
Sumber: PTSDUK , Healthline, WebMD