Carian
Burger Ayam Pedas Dengan Epal – Dapatkan Menu Terbaru Dari McDonald
February 4, 2021 Lina Rosli

Burger Ayam Pedas Dengan Epal – Dapatkan Menu Terbaru Dari McDonald

Sudahkah anda mencuba menu baru Spicy Chicken With Apple Slices daripada McDonald’s?

McDonald’s kini hadir dengan gabungan terbaru untuk burger mereka iaitu burger ayam pedas yang dibawakan bersama potong epal segar. Apa yang menarik, ia turut hadir sos istimewa iaitu sos mayonis yang dicampurkan dengan lada hitam pastinya menambahkan lagi keunikan rasa pada edisi burger kali ini

Bersama-sama dengan burger ini juga, McDonald’s turut membawakan kepada anda pai perisa mandarin atau disebut sebagai Orange Custard Pie dan juga McFlurry Chocolate & Pretzel Bits.

Bagi yang berminat, nikmati Spicy Chicken With Apple Slices pada harga bermula RM14.51 untuk satu kepingan daging ayam ataupun RM20.17 untuk dua kepingan daging ayam. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan Orange Custard Pie pada harga RM4.25. Sementara McFlurry Chocolate & Pretzel Bits pada harga RM7.08. 

Anda boleh membuat pesanan melalui McDelivery, Drive Thru atau Takeaway hari ini!

Komen