Carian
Ini Antara 5 Jenama Fesyen Muslimah Yang Boleh Anda Ikuti Di Shopee – Tawar Harga Berpatutan
February 5, 2021 Lina Rosli

Ini Antara 5 Jenama Fesyen Muslimah Yang Boleh Anda Ikuti Di Shopee – Tawar Harga Berpatutan

Mungkin dalam kalangan anda ingin bergaya tapi tidak tahu jenama apa dan kedai mana yang patut anda lawati di atas-talian. Hal ini kerana terdapat lambakan platform yang menyediakan penawaran pembelian koleksi pakaian dan fesyen yang menarik.

Bagi anda yang kerap menggunakan Shopee, Tajria hari ini ingin membantu anda membuat pillihan dalam mendapatkan koleksi pakaian baru bersempena tahun baru ini. Berikut adalah senarai jenama fesyen Muslimah yang boleh anda lawati di Shopee untuk mendapatkan koleksi pilihan anda.

Naelofar

Bagi yang meminati koleksi tudung dan item fesyen yang menarik dari Naelofar, anda boleh mendapatkannya di platform edagang Shopee. 

Jenama ini membawakan koleksi dan barisan hijab, blaus, skirt, seluar dan juga abaya dengan rekaan yang sangat cantik dan menarik selain ditawarkan pada harga yang berpatutan dan sesuai dimiliki oleh semua lapisan pengguna. Antara barisan rangkaian koleksi yang boleh anda dapatkan termasuk Sport Hijab, Naelofar Mono, Naelofar Aisa, Naelofar Pintruck Trousers, Naelofar Empire Waist Dress dan banyak lagi.

Untuk mula membelinya, anda boleh kunjungi ke kedai rasmi Naelofar di Shopee dan dapatkan koleksi pilihan anda pada harga bermula RM19. Bersempena Tahun Baru Cina ini juga, Naelofar turut hadir dengan promosi potongan harga untuk koleksi terpilih. Dapatkan kesemua koleksi pilihan anda sementara stok masih ada.

Ariani

Tidak dinafikan, Galeri Ariani adalah jenama selendang premium yang menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia. Jenama ini membawakan imej muslim moden dan dalam pada masa yang sama masih mengekalkan ciri muslimah untuk setiap koleksi.

Selain di rangkaian fizikal dan juga laman rasmi Ariani, anda juga boleh mendapatkan variasi pilihan tudung, pakaian rtw, aksesori wanita dan banyak lagi di kedai atas-talian Ariani di Shopee.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran promosi hebat dari Ariani di Shopee bersempena Tahun Baru Cina ini.

LUBNA

Lubna adalah sebuah jenama fesyen di bawah Zalora yang menawarkan pelbagai koleksi pakaian pada harga yang berbaloi.

Di bawah Lubna, ia  hadir dengan pilihan pakaian seperti gaun, blaus, topi yang sederhana untuk wanita bergaya. Setiap tahun, jenama ini hadir dengan reka bentuk berbeza yang unik dan menarik untuk dipakai oleh wanita selain sesuai untuk digayakan oleh semua saiz wanita.

Selain di Zalora, anda turut boleh mendapatkan pakaian Lubna di Shopee bermula hari ini.

Inhanna

Bagi penggemar fesyen minimalis, Inhanna adalah pilihan yang paling tepat untuk anda dapatkan koleksi pakaian baru anda.

Secara umumnya, Inhanna memfokuskan kepada pengeluaran Kebaya dan Kurung. Namun kini, anda turut boleh mendapatkan kaftan, blaus, seluar, gaun dan skirt yang berkualiti tinggi dan berpatutan.

Dapatkan koleksi pakaian dari Inhanna melalui pembelian di Shopee dan nikmati penghantaran percuma untuk pembelian diatas harga RM15 dan diskaun RM8 untuk item terpilih.

Imaan Boutique

Sesuai untuk anda yang ingin mencari pakaian yang boleh digayakan di rumah semasa musim WFH ini, Imaan Boutique membawakan kepada anda, koleksi tudung dan dan jubah pada harga yang sangat berbaloi, RM10 dan juga RM69. 

Anda boleh kunjungi kedai atas talian Imaan Boutique dan nikmati tawaran keemasan ini. Bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi pilihan anda bermula hari ini.

Berikut adalah beberapa jenama fesyen muslimah yang boleh anda kunjungi di Shopee. Selain itu terdapat beberapa jenama lain seperti Bella Ammara, Al Humaira, Leeyana Rahman, JovianRTW, Gulatis, Bokitta dan banyak lagi.

Komen