Carian
Asal Usul Pensil – Ia Sebenarnya Bukan Diperbuat Daripada Plumbum?
February 5, 2021 Lina Rosli

Asal Usul Pensil – Ia Sebenarnya Bukan Diperbuat Daripada Plumbum?

Tahukah anda bahawa asal usul pensil adalah daripada kayu atau dahan pokok yang dibakar? Menurut History of Pencils, tulisan Neolitik pertama dijumpai pada abad ke-6 SM. Yang mana pada waktu itu, ia diukir di atas kayu dan batu menggunakan alat batu dan logam. Selepas itu, pensil kemudiannya dicipta menerusi lilin, kuas, kapur dan bulu duri.

black pencil on black background

Asal Usul Nama Pensil

Ia berasal dari bahasa Perancis “pincel” yang bermaksud berus cat kecil. Pensil kayu pertama dicipta pada tahun 1560. Bentuknya bujur dan serupa dengan pensil pertukangan masa kini.

Penawaran pensil ini dilihat mula berkembang pada abad ke-15 ketika sejumlah besar grafit ditemui di Cumbria, England. Namun, pada waktu itu plumbum atau inti pensil bukan sahaja bersaiz besar, namun juga dihasilkan daripada grafit paling tulen dan padat.

Menjelang abad ke-16, Inggeris mula memonopoli pada pensil grafit sehingga bahagian kedua abad ke-19. Kilang pensil yang pertama dibuka pada tahun 1832 oleh Cumberland. Namun, baru-baru ini pasaran pensil terbesar dilihat berasal dari Sri Lanka.

Untuk pengetahuan anda, pensil dahulunya adalah sekeping grafit yang digunakan oleh tukang kayu. Selepas penggunaannya popular, ia berkembang menjadi potongan grafit yang dibungkus kulit biri-biri. Namun, disebabkan ia rapuh dan melekat pada tangan, maka penggunaannya agak sukar dan menyusahkan.

Pensil moden yang kita lihat pada masa kini dicipta oleh Nicholas-Jacques Conte pada tahun 1795. Beliau merupakan seorang saintis yang bertugas di tentera Napoleon Bonaparte. Pensil yang dicipta beliau menggunakan bentuk karbon yang kita panggil “lead”.

yellow pencil on yellow paper

Conte hadir dengan inovasi mencampurkan grafit serbuk dengan tanah liat dan membakarnya dalam tanur pemanas. Dia mendapati yang mana campuran tersebut yang boleh digunakan sebagai inti pensil, dibentuk sesuka hati sebelum dibakar dan kekerasannya dapat diubah dengan mengawal bahan dalam campuran. Dan menjelang tahun 1858, Hymen Lipman pula hadir dengan idea meletakkan untuk pemadam pada hujung pensil.

Satu lagi fakta menarik mengenai pensil adalah, sebatang pensil dikatakan boleh menulis kira-kira 45,000 perkataan.

Tahukah Anda, ‘Lead’ Yang Kita Lihat Bukanlah Plumbum Yang Sebenar

Pensil ‘lead’ ini adalah gabungan grafit dan tanah liat yang digiling halus, dicampur dengan air dan ditekan bersama pada suhu tinggi menjadi batang nipis.

Seorang saintis Inggeris mendapati bahawa bahan grafit sebenarnya bukan plumbum, melainkan sejenis karbon. Grafit ini bukan sahaja dicipta untuk pensil, malah ia boleh didapati seperti di bateri, lapisan brek dan banyak lagi.

Kenapa Pensil Tidak Menggunakan Plumbum Asli?

Grafit adalah unsur semula jadi yang terkandung dalam banyak bahan mentah yang digunakan di banyak industri untuk menghasilkan banyak produk pengguna.

Salah satu sebab mengapa plumbum asli tidak digunakan dalam pensil sebab pendedahan yang kerap boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Malah, penggunaan plumbum sebagai kandungan utama dalam semua produk pengguna telah di bawah peraturan yang ketat oleh pihak berkuasa di seluruh dunia. Umumnya, piawaian ini sama untuk kebanyakan negara yang mana plumbum yang digunakan dalam cat atau lakuer yang digunakan pada barang pengguna tidak boleh melebihi 90 PPM bagi memastikan keselamatan semua.

Komen