KFC Kini Hadir Dengan Menu Tanpa Daging Ayam – Zero Chicken Burger

KFC Malaysia kini hadir dengan penawaran burger berasaskan tumbuhan yang dinamakan KFC Zero Chicken Burger. Ia adalah burger tanpa daging yang padat yang mana bersesuaian untuk semua individu yang menginginkan kelainan dalam diet harian mereka.

Kepingan ayam tanpa ayam sebenar ini dibawakan dengan 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders yang halal. Ia hadir dengan sumber protein alternatif berkualiti tinggi yang kaya protein, kaya serat, rendah lemak tepu dan juga tanpa kolesterol.

KFC Zero Chicken Burger ini membawakan roti bersama kepingan ayam tanpa ayam yang digoreng bersama-sama sos Spicy BBQ dan mayonis dan juga kepingan keju serta salad cincang segar.

Bagi anda yang ingin mendapatkannya, anda boleh mula membelinya dirangkaian KFC berdekatan ataupun memesannya melalui laman rasmi KFC dan juga aplikasi mudah alih KFC Malaysia. KFC Zero Chicken Burger ini ditawarkan pada harga bermula RM12.99 sahaja.