5 Strategi Untuk Menghasilkan Nota Yang Baik Ketika Kelas Atas-Talian

Sama ada anda belajar secara atas-talian ataupun secara bersemuka, tabiat menulis nota dapat membantu anda mengingat lebih baik daripada sekadar mendengar atau membaca.

Oleh itu, mendapatkan dan menghasilkan nota yang baik adalah penting dalam memastikan segala maklumat yang anda perlukan terkandung di dalamnya. Namun, pastinya terdapat beberapa kekangan yang pasti dialami sewaktu kelas secara jarak jauh yang mana menyukarkan anda untuk mencatat segala isi penting dalam sesuatu topik.

Jadi, hari ini Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda lima strategi yang boleh anda praktikkan dalam menghasilkan nota yang baik sewaktu kelas atas-talian.

Ketahui Apa Yang Anda Akan Pelajari Pada Kelas Tersebut

Sebelum anda mula masuk ke kelas, anda seharusnya mengetahui apa yang akan dipelajari sewaktu kelas tersebut. Hal ini, bagi memastikan anda mendapat gambaran dan idea penuh tentang topik yang dibincangkan.

Sediakan satu ruangan kecil untuk anda senaraikan topik utama dan subtopik yang berada di bawahnya. Sebagai contoh:

Topik Utama: Daya

Subtopik:

  1. Apa itu Daya?
  2. Jenis Daya
  3. 3 Formula Daya – Daya (F=ma), Berat, Kelajuan

Jadi, apabila anda masuk ke dalam kelas, anda mungkin boleh mengembangkan idea dibawah topik tersebut dengan lebih mudah.

Gunakan Singkatan Atau Simbol Yang Mudah Difahami

Tulis atau catat bahagian pertama perkataan adalah salah satu cara yang baik untuk memendekkannya. Hal ini biasanya, otak anda masih dapat menangkap apa kandungan yang ingin disampaikan dengan jelas dan mudah difahami.

Contohnya menulis ‘comp’ sama dengan company. bukannya politik. Ini adalah salah satu singkatan pengambilan nota yang paling mudah.

Namun, anda juga boleh meringkas ayat dan perkataan untuk nota yang panjang seperti:

Daya adalah tolakan atau tarikan yang berlaku pada objek yang dihasilkan dari interaksi objek dengan objek lain.

Tukar kepada, 

Daya = tolak – tarik pada objek sebab hasil dari interaksi objek lain

Lukis Dan Pilih Gambar Rajah

Pilih topik yang paling sukar untuk dicatat dan tukarkannya menjadi peta minda. Hal ini bagi membantu anda mencari kesinambungan untuk sesuatu isi kandungan dan kandungan yang lain.

Conflict, Mind Map, Conflict Resolution

Sebagai contoh, Sejarah: Rampasan Kuasa Di Melaka. Anda boleh mulakan dengan bertanya apa yang berlaku, dan kemudian diikuti dengan faktor atau sebab berlaku dan seterusnya kesan daripada apa yang berlaku.

Menangkap idea utama dan perincian penting

Anda juga boleh merangkumi definisi dan isi penting menggunakan gambar rajah. Elakkan daripada menulis semua perkara yang disebutkan. Terdapat penyelidikan yang menyatakan bahawa pelajar mempunyai kecenderungan untuk menulis semuanya semasa mencatat semasa kelas atas-talian.

Terlalu banyak nota boleh menyebabkan maklumat berlebihan, mengehadkan jumlah bahan yang dapat diingat oleh pelajar di kemudian hari. 

Buat Nota yang Akan Anda Gunakan

Akhir sekali, secara keseluruhan,  nota yang baik tidak semestinya sangat terperinci ataupun juga sangat ringkas. Apa yang penting adalah mencatat dan mendapatkan perkara utama yang perlu diingat. 

Selain itu juga, pastikan anda membuat nota yang akan anda gunakan. Jika anda seorang yang gemar menyenaraikan segala formula untuk mengingat maka tulis semua perkara tersebut.

Namun, jika anda seorang yang jenis ‘story-teller’, maka hasilkan nota yang berbentuk cerita kerana ia lebih mudah untuk digambarkan sekaligus membantu anda faham dengan lebih baik.